Bekas ketua jurulatih skuad B-23 Tahun negara, Frank Bernhardt mungkin kembali menjadi pengendali kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super musim 2023.
Baca Juga:
- Zamsaham: TRW Kelantan Akan Ada Padang Latihan Sendiri Sebelum 2025
- Sri Pahang vs Kelantan: Tok Gajah Mengganas Benam The Red Warriors
- TRW Kelantan Ambil 9 Pemain Import Termasuk Carli De Murga
Sebelum ini, wartawan The Star, T.Avineshwaran mendedahkan sebuah pasukan yang sedang bergelut dalam saingan Liga Super telah menghubungi jurulatih itu untuk bertanyakan sama ada beliau sedia untuk mengambil alih sebagai ketua jurulatih.
It is learnt that former Malaysia Under-23 and UiTM coach Frank Bernhardt could return to the Super League.
One of the struggling clubs in the league has enquired about his services. We are going to witness a coaching change after five games, the league never fails to entertain.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) March 16, 2023
Di ruangan komen, ramai peminat yang beranggapan kelab yang dimaksudkan oleh Avineshwaran ialah pasukan yang masih belum meraih kemenangan dalam saingan liga dan menghuni dua tangga tercorot dalam carta liga.
Namun begitu, kelibat Frank Bernhardt ketika aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu menjadi tular di media sosial sekaligus mengaitkannya dengan pasukan TRW Kelantan.
Info puasa pertama:#Trw2023 bakal melantik seorang pengarah teknikal, dikhabarkan Frank Bernhardt. Beliau yang pernah melatih UiTM & skuad b-23 kebangsaan, sudah kelihatan dibangku penonton menyaksikan aksi menentang KL City tempoh hari. Dna Pretzel + Gimbap 🔥#LigaSuper2023 pic.twitter.com/0LSuTVNyvl
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) March 23, 2023
Kali terakhir Frank Bernhardt terlibat dalam saingan Liga Super ialah pada musim 2021 ketika beliau membimbing UiTM FC dimana beliau direhatkan oleh penguruskan pasukan pada bulan Ogos setelah mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan.
Bagaimanapun, para penyokong TRW Kelantan sudah mula meramalkan jurulatih dari Jerman itu kemungkinan akan menggantikan tempat Choi Mun-sik sebagai pengendali baharu pasukan itu.
Tiada lagi dna Korea? 🥴
— 𝔹𝕖𝕣𝕚𝕥𝕒 𝔹𝕠𝕝𝕒 𝕂𝕖𝕝𝕒𝕟𝕥𝕒𝕟 (@TwtBolaKelate) March 24, 2023
Sejak dibawah bimbingan Choi Mun-sik, TRW Kelantan hanya mengumpulkan 4 mata dan menduduki tangga ke 10 dalam kedudukan Liga Super 2023 selepas mengharungi 5 perlawanan.
Tugas sukar sedang menanti pasukan tersebut apabila dijadualkan bertemu Negeri Sembilan FC pada 1 April 2023 di Paroi sebelum menentang tiga pasukan kuat iaitu Terengganu, Selangor dan Sabah sepanjang bulan ramadan.
Jika tewas dalam semua perlawanan, TRW Kelantan berpotensi menghuni kedudukan tercorot liga.
Mereka juga akan menghadapi pusingan kedua Piala FA dan situasi seperti ini sudah pasti memaksa pengurusan TRW Kelantan memilih jurulatih terbaik untuk mendapatkan kemenangan.