Journeyman Liga Malaysia, Francis Forkey Doe meluahkan hasrat untuk terus beraksi di Malaysia dan menyatakan beliau bersedia sekiranya ada pasukan yang mahu mengambil khidmatnya.
Forkey Doe menggunakan laman Instagram Story milik beliau bagi mengutarakan hasrat tersebut dimana Doe menjadi ejen bebas setelah dilepaskan oleh pasukan Pahang pada 2018 lalu sejurus mengalami kecederaan pada perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur waktu itu.
Pemain berusia 34 tahun ini merupakan satu sosok yang tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia dimana beliau sudah beraksi dengan 6 pasukan, baik dalam saingan Liga Super mahupun Liga Perdana sejak musim 2012 lalu dan secara keseluruhan telah menjaringkan sebanyak 72 gol.
Francis Forkey Doe dikaitkan dengan perpindahan ke Kuching FA pada Januari lalu dimana beliau turut terlibat dalam beberapa siri perlawanan persahabatan. Akan tetapi, pendatang baharu saingan Liga Perdana itu pada akhirnya memutuskan untuk menandatangni penyerang import yang lain.
Baca artikel lain mengenai saingan Liga Malaysia musim 2020 di sini:
Mohammed Ghaddar Ceritakan Perbezaan Liga Lubnan Dengan Liga Malaysia