The Azkals berada dalam kedudukan cukup baik untuk layak ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia 2019, mendahului kedudukan kumpulan A dengan 9 mata hasil 2 kali menang dan 3 kali seri.

Skuad ini masih belum tewas dalam sebarang perlawanan dan keputusan seri bertemu Tajikistan hari ini, akan mengesahkan slot mereka di kejohanan yang akan berlangsung di UAE itu nanti.

“Ini adalah perlawanan yang kami wajib menang kerana kami mahu mencatat kemenangan di tempat sendiri. Kami mahu menang setiap perlawanan.”

aivaufpziggjsekejfgk

“Adalah penting untuk kami menewaskan pasukan yang pernah kami kalahkan sebelum ini. Kami tidak kalah lagi dalam kejohanan ini dan kami tidak mahu kalah ditempat sendiri”, kata ketua jurulatih Filipina, Thomas Dooley.

Keyakinan Pemain Tinggi Untuk Cipta Sejarah

Walaupun menghadapi isu kecederaan beberapa pemain utama termasuk penjaga gol Neil Etheridge dan Javier PatiƱo, The Azkals tidak terjejas kerana semua pemain berada keadaan mental dan fizikal yang terbaik.

“Kami bermain dilaman sendiri, ini padang kami. Kami cukup bersedia baik mental dan fizikal. Situasi yang perlawanan ini adalah lebih baik dari perlawanan sebelumnya. Saya rasa kami berhak untuk berasa yakin untuk menang perlawanan ini”, kata ketua pasukan Filipina.

aduch40yec8afkhmzoie

Skuad Filipina memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk layak ke saingan Piala Asia 2019, manakala Tajikistan pula wajib menang untuk mengutip 10 mata, mengetepikan Yaman dan Filipina untuk melonjak sebagai juara kumpulan.

Tekanan mungkin lebih kuat kepada pemain-pemain The Azkals, tetapi mereka tidak akan memberikan fokus kepada keputusan perlawanan, sebaliknya lebih menumpukan kepada langkah yang lebih kecil bagaimana untuk menjaringkan gol.

“Saya cuba untuk tidak memikirkan mengenai hasil perlawanan. Apabila anda lebih memberikan fokus kepada apa yang akan berlaku selepas perlawanan, anda akan lupa mudah terlupa untuk melakukan perkara lebih kecil untuk mara dan berjaya”, kata Dooley ketua jurulatih Filipina.

Sumber