Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil menyertai pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia pada 23 Mac dan Singapura minggu ini.

Lebih menarik, dua bintang terkemuka dari luar negara, Gerrit Holtmann dan Neil Ethertidge turut disenaraikan bersama 5 pemain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini iaitu Kevin Mendoza (KL City), Carli De Murga (JDT), Justin Baas (Melaka Utd), Manuel Ott (Terengganu), serta Bienvenido Maranon (JDT).

Ini juga adalah panggilan pertama Gerrit Holtmann ke skuad kebangsaan Filipina. Beliau merupakan penyerang Vfl Bochum dan menjaringkan 4 gol dalam saingan Bundesliga, liga utama Jerman.

Manakala penjaga gol utama, Neil Etheridge yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali menyarung jersi pasukan itu selepas terlepas aksi Piala Suzuki AFF, Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia.

PFF turut memanggil dua lagi pemain baharu dari luar negara iaitu  Enrique Linares dari kelab Sepanyol, UD San Pedro dan Diego Bardanca dari kelab Thailand, Buriram United. Kedua-duanya pemain ini dilahirkan di Sepanyol tetapi mempunyai darah kacukan Filipina.

Skuad Azkals memandang serius perlawanan persahabatan di Singapura sebagai medan untuk persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 sambil memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Singapura Umum Nazri Nasir Sebagai Jurulatih Interim Hadapi Malaysia Dan Filipina

ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi

Thailand Panggil Penyerang Chelsea Hadapi Piala Dubai B-23