Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) dilaporkan bersetuju dan sedia mengubah peraturan ofsaid mengikut cadangan yang dikemukakan oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Baca Juga:
- Pengurus Norway Tuduh Wenger Dah Kena ‘Brainwashed’ FIFA
- Alex Ferguson Dan Arsene Wenger Diangkat Ke Dewan Kemahsyuran EPL
- Wenger: Chelsea Kelab Pertama Berbelanja Wang Yang Bukan Pendapatan Mereka
Wenger kini bertugas sebagai Ketua Pembangunan Bolasepak Global FIFA selepas meninggalkan Arsenal pada tahun 2018.
Beliau sebelum ini mencadangkan agar FIFA membuat perubahan besar dalam peraturan ofsaid untuk kurangkan kontroversi melibatkan mutu pengadilan dalam setiap perlawanan.
New season, new offside rule.
FIFA have reportedly agreed to trial a new law, proposed by Arsene Wenger, in Sweden, Netherlands and Italy, where the entire body of the player must be in front of the defender for it to be offside.
Thoughts on the potential changes? pic.twitter.com/u3snJtue9f
— 101 Great Goals (@101greatgoals) July 2, 2023
Peraturan ofsaid ketika ini menyatakan seseorang pemain berada dalam kedudukan ofsaid sekiranya sebahagian daripada badannya yang boleh menjaringkan gol berada di depan pertahanan terakhir ketika bola dimainkan.
Namun Wenger mencadangkan seseorang hanya akan berada dalam kedudukan ofsaid sekiranya seluruh badan pemain itu melebihi pertahanan terakhir.
Jadi, jika tangan pemain berada di hadapan kedudukan kaki pemain pertahanan lawan, maka ianya tidak dikira ofsaid kerana tangan tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.
FIFA akan mula menguji peraturan baharu ofsaid ini dalam beberapa perlawanan di Belanda, Itali dan Switzerland. Jika tempoh percubaannya berhasil, ia akan diubah sepenuhnya dalam semua perlawanan.
FIFA will test a new offside rule!
With the "Wenger law", the whole body of the opposing attacker will have to completely overtake the last defender for him to be in an illegal position.
If one of the body parts is on the same line, then the attacker will not be offside!With… pic.twitter.com/drypj0A1oU
— Football Talk (@FootballTalkHQ) July 2, 2023
Peraturan ini menjadi kontroversi selepas gol Timor Werner kerap dibatalkan ketika beraksi bersama Chelsea pada musim 2021 kerana dinilaikan berada dalam kedudukan ofsaid oleh VAR.
Cadangan Wenger ini mungkin sukar dilaksanakan terutama sekali di liga dan pertandingan yang tidak ada VAR seperti Liga Malaysia.
Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan pihaknya sudah sedia untuk melakukan sesi ujian dan optimis ia akan membantu meningkatkan mutu pengadilan.
“Arsene Wenger menunjukkan kepada kami bagaimana bentuknya dan jelas, secara ringkasnya, jika pemain penyerang berada di depan pemain pertahanan terakhir, atau pemain kedua terakhir, tetapi masih dengan satu bahagian badan yang dapat skor sebaris dengan pemain pertahanan.
“Oleh itu, ia memberikan pemain lebih banyak peluang dan lebih suka menyerang dalam bola sepak. Jelas sekali perubahan seperti itu perlu diuji. Kita harus melihat apa kesannya terhadap permainan ini – sama ada ianya positif, atau negatif.”
“Sekiranya positif, kita mungkin akan meneruskannya. Jika negatif, tidak akan menggunakannya,” kata Infantino.