Pemain tengah Paris St German, Idrissa Gana Gueye telah diarahkan untuk memberikan penjelasan tentang laporan bahawa dia tidak mahu turun bermain dengan jersi ada elemen pelangi yang menyokong gerakan LGBTQI+.
Pemain antarabangsa Senegal itu tidak mahu beraksi pada Sabtu minggu lalu ketika PSG menang 4-0 ke atas Montpellier atas sebab peribadi.
Mauricio Pochettino tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan masalah peribadi itu namun pengurus itu cuma berkata: “Dia ada bersama kami [di hotel] namun dia tidak dapat bermain, dan dia tidak cedera.”
RMC melaporkan bahawa pemain itu tidak mahu bermain dengan jersi yang ada elemen pelangi. Kerana larangan agamanya yang tidak menyokong LGBT.
🚨 Reports in France claim that Idrissa Gueye missed the PSG game because he refused to wear the rainbow flag on his kit, the symbol of the LGBTQ+ community. pic.twitter.com/qe1KYwylwt
— SPORTbible (@sportbible) May 16, 2022
Idrissa Gueye merupakan seorang pemain beragama Islam.
Tindakannya itu membuatkan ramai persatuan menyokong LGBT mengecamnya dan meminta PSG membuangnya daripada pasukan.
Musim lalu, Idrissa Gueye turut tidak turun beraksi pada perlawanan yang mewajibkan setiap pasukan menggunakan warna pelangi dalam jersi mereka.
Ianya sudah menjadi acara tahunan di Ligue 1 di mana akan ada perlawanan yang meminta kesemua pasukan menggunakan elemen pelangi dalam jersi mereka tanda sokongan kepada LGBTQ+.
The National Ethics Council of the French Football Federation (FFF) have summoned PSG's midfielder Idrissa Gueye.
To clarify his situation after he reportedly missed Ligue 1 match because of the rainbow flocking jerseys the teams wore for International Day against Homophobia. pic.twitter.com/f0juKqsPey
— AfroSport (@AfroSportTV) May 18, 2022
FFP mengakui mereka baru dimaklumkan tentang perkara itu dan meminta Idrissa Gueye tampil memberikan penjelasan.
“Ketiadaan dia dalam aksi berdepan Montepellier telah diintrepretasi secara meluas bahawa dia enggan terlibat dalam kempen ini.”
“Ada satu, dua hipotesis yang masih belum dibuktikan membuatkan kami menjemput kamu untuk menyatakan segera pendirian kamu dalam usaha menutup khabar angin ini.”
“Atau memang khabar angin itu betul? Dalam kes ini, kami mengingatkan mahu tentang kesan daripada kesalahan yang sangat serius kamu lakukan ini.”
“Menolak untuk terlibat sama dalam inisitif kolektif bermakna kamu membenarkan kelakuan diskriminasi, bukan sahaja ke atas kouniti LGBTQI+ semata mata.”
Presiden Senegal pada Khamis memberikan sokongan kepada pemain itu. Presiden Macky Sall berkata: “Saya menyokong tindakan Idrissa Gana Gueye. Kepercayaan agamanya harus kita hormati.”
Sementara itu selepas FFF meminta Gueye menjelaskan perkara itu, tanda pagar #WeareallIdrissa menjadi trending.