Legenda Manchester United, Rio Ferdinand menyatakan bahawa nama Karim Benzema seharusnya sudah diukir pada trofi Ballon d’Or yang akan datang edisi 2022.
Ini selepas penyerang Real Madrid itu sekali lagi membuktikan kualitinya di hadapan gol dengan hatik kedua berturut turutnya di peringkat kalah mati UCL.
Terbaru Benzema menyeksa pasukan Chelsea dengan hatrik di Stamford Bridge. Real Madrid menang 3-1 dalam perlawnaan tersebut. Di mana Chelsea mendapat gol saguhati menerusi Kai Havertz.
Hasil daripada hatrik Benzema, Real Madrid kini berpeluang cerah untuk ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah sekaligus cuba meraih kejuaraan UCL ke-13 dalam sejarah kelab mereka.
Prestasi Benzema dalam UCL itu juga menjadikannya calon terkuat untuk memenagi Ballon d’Or pada tahun ini.
Walaupun sebelum ini penyerang antarabangsa Perancis itu tidak pernah gemar dengan Ballon d’Or yang menurutnya carca merba dalam mengiktiraf pemain terbaik dunia.
Bekas bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand, kini sudah menjadi penyokong pertama kepada Benzema dalam acara itu.
Ferdinand malah meminta Ballon d’Or bersiap sedia untuk mengukir nama Karim Benzema pada bola emas itu.
“Jika mereka tidak mengukir nama Benzema pada Ballon d’Or pada penghujung musim, saya akan terkejut,” kata Ferdinand.
“Dia adalah no.9 terbaik di planet ini pada pandangan saya. Pemain ini pada masa ini berada di kelas tersendiri. Dia memberikan impak kepada perlawanan dalam pelbagai aspek.”
Rio Ferdinand on Karim Benzema: "He’s the best no. 9 on the planet for me. This guy at the moment is another level. He’s impacting the game in so many different areas.”#UCL #CHERMA
— Squawka Live (@Squawka_Live) April 6, 2022