Bekas pengurus Bayern Munich, Felix Magath berpendapat, pasukan Jerman yang ada sekarang memerlukan seorang jurulatih yang mampu memulihkan pasukan yang sedang bercelaru.
Baca Juga:
Situasi di bilik persalinan Jerman menurutnya adalah tidak terurus. Dan bukan semua jurulatih mampu menjadi pemimpin yang berjaya mengembalikan kestabilan pasukan.
DFB telah memecat Hansi Flick sebagai pengurus Jerman selepas pengurus itu gagal memulihkan prestasi hambar pasukan Jerman sejak Piala Dunia 2022 yang lalu.
Kekalahan 1-4 di tangan Jepun di hadapan penyokong sendiri membuatkan Flick ditendang keluar dari pejabat DFB.
Jerman sudah mengenalpasti beberapa calon untuk menggantikan Hansi Flick yang dipecat. Dua nama yang menjadi calon pilihan utama ialah Matthias Sammer dan Julian Nagelsmann.
Selain daripada dua nama di atas terdapat juga banyak nama lain termasuk Jurgen Klopp, Ralf Rangnick dan ramai lagi nama besar.
Tiada nama Felix Magath di dalam senarai panjang untuk menjadi ketua jurulatih Jerman setakat ini. Perkara itu membuatkan beliau agak kecewa.
Magath berkata: “Pasukan kebangsaan Jerman pada hari ini memerlukan seorang jurulatih yang berkemampuan untuk membina semula pasukan.”
“Jurulatih yang mampu membetulkan semula struktur pasukan kebangsaan yang sudah rosak sepenuhnya.”
“Dan saya rasa, calon sesuai adalah saya. Saya adalah jurulatih yang berkemampuan untuk mengambil alih pasukan yang tidak terurus dan memberikan mereka keyakinan semula agar mereka mampu kembali kepada prestasi terbaik.”