Kelab Liga Super musim 2020, Felda United mengambil inisiatif membantu barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus membendung penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dengan mengadakan kutipan derma.

Menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, kutipan derma tersebut akan melibatkan pengurusan pasukan, pegawai kejurulatihan, para pemain serta barisan penaja pasukan.

Kutipan derma yang bermula pada 25 Mac itu akan berlangsung sehingga 31 Mac dan mungkin dilanjutkan sehingga 7 April selepas kerajaan Malaysia melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Felda mengikut jejak langkah juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam meringankan beban ketika negara dilanda wabak COVID-19.

Sebelum ini, pemain, jurulatih dan kakitangan JDT bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33% untuk disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

AFC Sambut Baik Inisiatif JDT Bantu Memerangi Wabak COVID-19

FAM Mahu Semua Pasukan Liga Malaysia Mencontohi Pengorbanan Besar JDT

Khalid Ali: “Saya Lihat Pegawai PFAM Ini Lebih Pandai Daripada Kerajaan Malaysia”