Pemain kacukan negara, Dion Johan Cools mengalami kecederaan ketika membantu kelabnya, FC Midtjylland meraih kemenangan dalam saingan Danish Superliga baru-baru ini.
Dion diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang SønderjyskE di laman lawan pada minggu lalu dan beliau terpaksa dikeluarkan pada minit ke-13 ekoran mengalami kecederaan.
24' | Efter vores tidligere føringsmål har det været en urolig kamp, hvor @Djcools_21 desværre også måtte forlade banen med en skade.#SJEFCM | 0-1 pic.twitter.com/GZXw1m0EnG
— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) August 13, 2021
Midtjylland tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai tahap kecederaan yang dialami oleh Dion Cools sama ada beliau akan berehat panjang atau hanya kecederaan yang dialami tidak begitu serius.
Selepas Dion dikeluarkan, Midtjylland beraksi dengan sepuluh pemain apabila penjaring gol pembukaan, Júnior Brumado dilayangkan kad merah pada minit ke-30.
Meskipun beraksi dengan 10 pemain sehingga wisel penamat dibunyikan, namun perkara itu tidak menghalang Midtjylland untuk menjaringkan gol kedua menerusi Victor Stange Lind pada minit ke-88 sekaligus meraib tiga mata.
Kemenangan ke atas SønderjyskE meletakkan Midtjylland di tangga kedua dalam carta liga dibelakang Randers dengan perbezaan satu mata. Pada aksi yang seterusnya, Midtjylland akan turun berdepan Silkeborg di laman sendiri.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:
Highlight EPL: Spurs Tewaskan Kesebelasan £550 Juta, Termahal Dalam Sejarah
Di Maria: ‘Ronaldo Pun Teringin Ke PSG, Namun Messi Adalah Pilihan Jauh Lebih Bagus’