Sebuah kelab bola sepak di Thailand yang berada dalam saingan Thai League 2, Ubon United FC bakal berdepan tindakan tegas dari Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sekiranya gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada 3 pemain mereka sebelum jam 3.30 petang waktu Thailand hari ini.

Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh MGR Online tengahari tadi, pihak FAT tidak akan membenarkan kelab itu untuk turun beraksi dalam perlawanan minggu pertama Thai League 2 bertemu Thai Honda FC pada 17 Februari 2019.

Tindakan itu berikutan diambil selepas pihak kelab Ubon United masih lagi gagal menjelaskan tunggakan selepas mendapat kerjasama dari pihak Professional Footballers’ Association of Thailand (PFAT) yang sebelum ini sudah berbincangan untuk menyelesaikan masalah itu ketika off-season.

Jika kelab itu masih gagal untuk membayar semua tunggakan selepas masa yang ditetapkan, Ubon United berdepan dengan hukuman maksimum iaitu digantung atau dibuang keahlian mereka dari Thai League.

Sumber