Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) meminta kebenaran khas untuk membawa masuk ketua jurulatih, Akira Nishino serta 80 pemain import kelab Thai League.
FAT bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan negara itu bagi mendapatkan kebenaran membawa masuk Nishino sekaligus memastikan jurulatih itu segera memulakan tugas.
FAT menyasarkan pertengahan Ogos untuk membawa masuk Nishino dan 80 pemain import kerana saingan Thai League dijangka bermula pada bulan September.
Jika kedua-dua pihak dapat kembali pada pertengahan Ogos, maka ia akan memberi masa kepada Nishino dan pemain import untuk merangka perancangan serta memulakan sesi latihan sebelum saingan liga bermula.
Nishino kembali ke Jepun pada Mac lalu sebelum Thailand melaksanakan perintah berkurung ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Pada gelombang kedua COVID-19, Thailand menduduki tangga pertama di kalangan negara Asia Tenggara yang berdepan peningkatan kes disusuli dengan Malaysia di tangga kedua.
Baca artikel lain mengenai Akira Nishino dan saingan Thai League di sini:
FAT Berdepan Kesukaran, Akira Nishino Masih “Sangkut” Di Jepun
Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1