Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) berjaya menyelesaikan tunggakan gaji pemain dari bulan April sehingga Jun tahun ini yang dianggarkan berjumlah RM12 Juta.
Perkara ini disuarakan oleh Presiden FAP, Dr Amar Pritpal Abdullah ketika melawat sesi latihan pasukan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow semalam.
“Kita juga amat optimis dan positif dengan pencapaian skuad Harimau Kumbang, yang sudah memenangi dua perlawanan, dua seri dan tinggal baki tujuh perlawanan sahaja lagi.
“Jika prestasi mereka bagus, tidak mustahil pasukan Pulau Pinang akan ke Liga Super,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tambah Dr Pritpal, tahap kecergasan pemain kini berada di tahap 80% dan mereka dilihat sudah sedia untuk kembali beraksi apabila saingan Liga Malaysia disambung pada 26 Ogos ini.
Pulau Pinang dijadualkan bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu bagi menghadapi pasukan Kelantan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini: