Pengendali skuad kebangsaan Singapura B-22 tahun, Fandi Ahmad memohon maaf di atas prestasi hambar yang ditampilkan pasukan bimbingannya dalam temasya Sukan SEA edisi kali ini.
Singapura yang diletakkan dalam kumpulan B hanya berjaya mengutip satu mata selepas tiga perlawanan dimana mereka seri ketika menentang Laos dan tewas kepada Indonesia serta Thailand. Berbaki dua perlawanan, peluang The Lions untuk mara ke peringkat separuh akhir samar apabila mereka perlu berdepan pendahulu, Vietnam serta Brunei.
“Saya minta maaf kerana kami tidak dapat memenangi sebarang pingat dalam temasya edisi kali ini. Tetapi saya ingin tekankan bahawa apa yang terjadi bukanlah salah pemain. Mereka telah berjuang,” kata Fandi menurut laporan The Monitor.
Selepas tewas kepada Indonesia, Fandi menyalahkan situasi semasa dalam bola sepak Singapura dimana negara itu tidak memiliki pool of talents yang cukup seperti negara jiran Asean yang lain. Fandi turut berpendapat sesetengah daripada pemain beliau bukanlah pemain profesional sebaliknya pelajar dan juga pekerja kerajaan.
Rekod buruk Singapura bukan sahaja dari segi keputusan perlawanan malah mereka sehingga kini masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Baca artikel lain mengenai Fandi Ahmad di sini:
Fandi Ahmad Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama FAS, Bakal Kendalikan Pemain Muda Elit
Fandi Ahmad Tidak Gentar Singapura Berada Dalam Kumpulan Maut