Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan jualan tiket final AFF Suzuki Cup 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, telah habis dijual pada jam 9.53 pagi tadi.
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa kaunter tiket di Pintu A dan Pintu E di Stadium Nasional, Bukit Jalil sah ditutup sepenuhnya selepas tiket telah pun habis terjual sebentar tadi selepas dibuka 9.53 pagi ini.”
“Terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang telah memberikan sambutan dan sokongan luar biasa bagi mendapatkan tiket Final 1 ini.”
Wakil VocketFC yang berada di perkarangan stadium – Pintu E pula menyaksikan kaunter tiket hanya dibuka kira-kira jam 10.10 minit pagi dan pada ketika itu para penyokong yang sudah berada didepan kaunter lebih dari 12 jam mula berang.
“Kepada penyokong yang gagal mendapatkan tiket, FAM tidak dapat memenuhi hasrat anda untuk mendapatkan tiket kerana kami hanya dapat menjual 80,000 keping tiket sahaja mengikut kapasiti stadium. Dengan itu, kami memohon maaf.”
“Diharap para penyokong yang masih berada di pekarangan Stadium Nasional supaya bolehlah bersurai kerana kaunter tiket telah pun ditutup sepenuhnya dan tiket sememangnya sudah pun habis.”