Skuad Harimau Malaya tiada tugasan antarabangsa tahun ini selepas saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguhkan ke tahun depan susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 di beberapa negara.

Ia bermakna ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe “tiada kerja” di padang dan mungkin hanya melakukan kerja rumah untuk memantau perkembangan dan prestasi para pemain dalam Liga Malaysia.

Namun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysua (FAM), Stuart Ramalingam menjelaskan badan induk itu tidak akan menamatkan kontrak pengendali yang berusia 52 tahun itu yang akan berakhir pada bulan Disember ini.

Dibawah kendalian Tan Cheng Hoe, Harimau Malaya kini berada di tangga kedua kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022 dan masih berpeluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asis 2023.

“Kami akan selesaikan perkara ini (kontrak) dalam tempoh terdekat dan perbincangan masih berlangsung dengan Cheng Hoe,” katanya kepada Bernama. 

“Kami memerlukan sedikit masa untuk memberi penjelasan kepada pihak media dan penyokong skuad Harimau Malaya yang menunggu apa perancangan kami untuk skuad kebangsaan selepas ini.

“Kami juga dalam perbincangan dengan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) mengenai kalendar (bola sepak) tempatan untuk Oktober dan November ini yang kosong susulan penundaan tersebut, selain penyertaan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia yang bersambung pada Oktober ini,” jelasnya.

Tan
Tan Cheng Hoe

Menurut kenyataan rasmi daripada AFC, keputusan penangguhan itu terpaksa dibuat bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pemain serta pegawai pasukan. Mereka akan bekerjasama dengan pemegang taruh dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memantau situasi semasa.

Jadual baharu untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 itu akan diumumkan dalam masa terdekat setelah mendapat maklum balas daripada semua negara anggota.

Perlawanan Liga Malaysia akan kembali bersambung pada 26 Ogos ini setelah direhatkan selama hampir 6 bulan kerana wabak pandemik itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Tan Cheng Hoe Anggap Penangguhan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Merupakan Petanda Baik

Tabloid UK Ini Dedahkan Jepun Akan Adakan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Bulan September.

Armin Maier Intai Peluang Sarung Jersi Harimau Malaya