Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menarik balik hukuman larangan mendaftarkan pemain baharu ke atas TRW Kelantan.
Baca Juga:
- TRW Kelantan Jelaskan Mengapa Mereka Minta RM50,000 Kepada Nurshamil Abd Ghani
- Kelantan FC Dikenakan Hukuman Sekatan Perpindahan Pemain
- Nurshamil Abd Ghani ‘Londehkan’ Kepincangan Pengurusan TRW Kelantan
Perkara ini diumumkan oleh pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham yang mana beliau baru sahaja menerima surat dari FAM mengenai pembatalan itu.
“Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menerima pengesahan pembayaran penuh oleh Kelab Bolasepak Kelantan.
“Kes-kes tersebut telah diselesaikan setelah pembayaran penuh diterima sepenuhnya oleh
Pengadu-pengadu. Oleh yang demikian, perintah larangan pendaftaran pemain tempatan dan antarabangsa terhadap Kelantan adalah ditarik balik dengan serta-merta oleh FAM,” dipetik dari surat yang dihantat kepada pihak kelab.
Sebelum ini, hukuman itu dijatuhkan susulan kegagalan kelab ini menghantar bukti bayaran caruman KWSP serta tunggakan gaji pemain dan pegawai (April dan Mei 2023) sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan kepada Kelantan pada 28 Jun 2023 dan 30 Jun 2023.
Ini adalah hukuman berasingan daripada sebarang tindakan yang boleh diambil FAM ataupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan aduan kes-kes lain.
Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, Jawatankuasa FIB memandang serius mengenai isu berkenaan dan tindakan terpaksa diambil selepas Kelantan FC gagal melunaskan tunggakan dalam tempoh yang diberikan.
“Pihak FIB masih tidak menerima sebarang bukti bayaran ansuran KWSP (bayaran ansuran pertama) dan bukti bayaran gaji penuh pemain serta pegawai (April dan Mei 2023) sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan kepada Kelantan FC.
“Oleh kerana kegagalan Kelantan FC memberikan bukti bayaran tersebut, maka dengan ini hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua dijatuhkan dengan serta merta,” katanya.