Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menambah kuota jualan tiket final AFF Suzuki 2018 sebanyak 10,000 keping pagi ini mengikut kemaskini dari laman Facebook rasmi FAM.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam disebabkan vendor rasmi penjualan tiket FAM, TicketHotline yang telah membuka jualan lebih awal 30 minit dari masa yang ditetapkan kerana melakkukan ujian terhadap sistem ‘ticketing’ mereka pagi ini.
Akibat dari perkara ini, 20,000 keping tiket mengikut kuota asal telah habis dijual dalam masa yang cukup singkat dan mengakibatkan ramai penyokong meluahkan rasa kecewa mereka dilaman sosial Twitter dan juga Facebook.
Amazing to see such substandard service provider selected. We are behind other ASEAN countries now.
Was there a proof of concept?
Was there an open tender?
Was it single sourcing?
Was there even a procurement process?— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) December 7, 2018
A review on #tickethotline has to be done! This is not the 1st time and not acceptable
— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) December 7, 2018
https://twitter.com/khawari1/status/1070846867087355904
Kesan dari penambahan kuota sebanyak 10,000 keping itu juga menjadikan jualan tiket secara online pada hari esok berkurangan kepada 10,000 keping sahaja dari kuota awal sebanyak 20,000 keping seperti yang ditetapkan sebelum ini.
Seterusnya, baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini (9 Disember 2018). Info lanjut akan dimaklumkan kemudian.