Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi menjelaskan pihaknya telah mendapatkan bantuan daripada jurulatih pakar sebelum memanggil pemain yang mempunyai darah campuran Malaysia dari luar negara untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM berkata dalam Arena Metro, jawatankuasa itu akan menilai terlebih dulu ‘ubi baharu’ yang dikenal pasti sebelum dicadangkan jika memenuhi kriteria ditetapkan.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan Wan Kuzain telah bersetuju untuk menyarung jersi skuad bawah 23 tahun negara.

“Semua pemain termasuk Wan Kuzain atau Wan Kuzri yang berada di luar negara untuk dipanggil balik mestilah jawatankuasa ini buat kajian atau pemerhatian dulu.

“Jika memang dia pemain yang begitu hebat dan berbakat, sudah tentu jawatankuasa ini akan mencadangkan kepada kita namannya untuk dibincangkan.

“Jika kita boleh menaturalisasikan pemain untuk skuad kebangsaan, mestilah kita mengalu-alukan pemain sepertinya. Tapi mereka mesti memenuhi tahap yang kita kehendaki,” katanya

KEWZAYNE
Wan Kuzain Wan Kamal

Namun, Vocket FC sebelum ini mendedahkan tentang maklum balas dari bapanya Wan Kamal melalui kemaskini Facebook yang menyatakan bahawa Wan Kuzain hanya akan mewakili Malaysia dalam saingan Sukan SEA 2019 di Filipina sahaja dan bukan bersama skuad senior.

Menurutnya, halatuju Wan Kuzain adalah untuk terus bermain dengan kelab profesional di Amerika Syarikat dan mewakili negara itu dalam kejohanan Piala Dunia.

Selain Wan Kuzain, FAM juga sedang memantau tujuh pemain berdarah kacukan Malaysia di luar negara dalam lingkungan usia 16 hingga 24 tahun untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya pada masa yang akan datang.

69640998_2363748640388553_1626131810050113536_o
Mohamadou Sumareh pemain naturalisasi pertama negara.

“Hakikatnya, kita sedang memantau dan mencari pemain terbaik untuk mewakili negara bukan saja Wan Kuzain dan Wan Kuzri,” tegas Yusof Mahadi.

Antara pemain dari luar negara yang berpotensi untuk memperkuatkan skuad kebangsaan ialah pemain kacukan England-Malaysia, Jamie Qureshi berusia 16 tahun yang pernah dipilih mewakili skuad England bawah 15 tahun.

Beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beberapa minggu lalu.

Mungkin anda berminat untuk membaca tentang perkembangan Wan Kuzain Wan Kamal. Klik pautan dibawah.

Wan Kuzain Bakal Berganding Dengan Luqman Hakim Dan Safawi Rasid?

Wan Kuzain Jaringkan Gol Pertama Dalam Major League Soccer (MLS)

Wan Kuzain Jaringkan Gol Pertama Dalam Major League Soccer (MLS)

Sumber