Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mempertimbangkan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia bagi meningkatkan mutu pengadilan.
Menurut laporan daripada New Straits Times, pengerusi jawatankuasa pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram berkata pihaknya sedang menunggu laporan penggunaan VAR dari negara jiran (Thailand dan Vietnam).
“Bagus (dapat gunakan VAR) tetapi kami perlu melakukan kajian terlebih dahulu. Akan ada perjumpaan bertemu para perunding.
“Ini melibatkan duit yang banyak dan saya tidak boleh beritahu anda sekarang bila kita boleh melaksanakan penggunaan VAR.
“Apa yang paling penting adalah kita mengkaji semuanya terlebih dahulu. Kami akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat exco yang akan datang,” katanya.
Prestasi kurang memberangsangkan pengadil Liga Malaysia baru-baru ini turut menarik perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, TMJ menggesa agar pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM agar mempertimbangkan penggunaan VAR bagi memperbaiki mutu pengadilan.
Kos pemasangan VAR di satu stadium dianggarkan bernilai RM 616,710 dan memerlukan bajet RM7.4 juta jika mahu dipasangkan pada 12 stadium pasukan Liga Super.
Selain itu, para pengadil tempatan pula perlu dihantar menjalani kursus tambahan untuk mempelajari cara mengendalikan VAR agar tidak timbul sebarang masalah.
Liga Thailand sebelum ini pernah menghentikan penggunaan sistem VAR sekitar Januari 2018 elepas mengalami beberapa masalah terutamanya kurangnya kemahiran pegawai perlawanan serta menerima banyak aduan dari kelab yang beraksi.
Ketika itu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) turut menawarkan kepada kelab-kelab yang berminat untuk menggunakan sistem VAR, boleh menghubungi mereka dan FAT akan menghantar wakil syarikat yang menjalankan operasi sistem VAR ke stadium.
Namun, kelab perlu membayar harga penggunaan sistem itu sekitar RM394 hingga RM531.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021
Peningkatan Kos Operasi Punca Harga Tiket Selangor Naik Mendadak