Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggesa mana-mana pengadil yang berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia agar membuat aduan rasmi kepada badan induk bola sepak negara itu.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam, berkata aduan tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Pengadil atau Sekretariat FAM disertai maklumat tepat untuk memudahkan proses tindakan yang bakal diambil.

FAM
Sumber Gambar: FAM

“Berhubunglah dengan Unit Pengadil dan Sekretariat FAM secara rasmi melalui surat atau pun e-mel dengan penjelasan dan maklumat yang tepat untuk FAM mengambil langkah membantu. FAM boleh bertindak jika pihak pengadil mengambil langkah mengikut proses yang telah ditentukan.

“Sekadar melaporkan kepada media memang susah untuk ambil apa-apa tindakan sebab kita tidak tahu dengan terperinci. Adakah tidak dibayar tiga perlawanan, 10 perlawanan, melibatkan Liga M3, Piala FA… atau mungkin dia tak hadir tapi nak tuntut, kita tidak tahu sebab tak ada maklumat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pengadil
Salah seorang pengadil Liga Malaysia, Amirul Izwan Yaacob (dua dari kiri). Sumber Gambar: Warut Nanruang

Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak membayar elaun pengadil yang bertugas bagi saingan Piala Malaysia dan Liga M3 musim 2019 serta aksi kelayakan Piala FA 2020.

FAM turut menerima tempias dimana ada sesetengah pihak yang turut mengkritik mereka. Menurut Stuart, pihaknya hanya bertanggungjawab dari segi pelantikan pengadil dan hanya menguruskan soal pembangunan pengadil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kerajaan Tidak Benarkan Pertandingan Bola Sepak Berlangsung, Liga Malaysia 2020 Dibatalkan?

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Lee Tuck Minta Ejen Tambah Lagi Potongan Gajinya Untuk Bantu Kewangan Terengganu FC