Hasrat bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan dan Melaka United, Faizal Muhammad untuk kembali beraksi di atas padang dalam saingan Liga Malaysia musim depan tidak menjadi kenyataan.

Menurut laporan daripada Arena Metro, doktor pakar mengesahkan beliau telah mengalami kecacatan kekal pada mata kanannya sekaligus memaksa pemain itu menggantung but lebih awal.

Pemain yang berusia 30 tahun itu terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) ketika dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas tamat perlawanan Liga Super menentang Perak di Ipoh pada bulan Mei lalu.

Bagaimanapun, ketika itu beliau tidak diturunkan dalam aksi yang berkesudahan Melaka United menang 3-2 ke atas skuad kendalian Mehmet Durakovic.

“Saya terpaksa gantung but lebih awal ketika rakan-rakan seperjuangan masih beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang saya lihat kian rancak.

“Impian mahu mengakhiri karier pada usia 35 tahun namun apakan daya pada 21 Oktober lalu pakar mata mengesahkan mata kanan mengalami kecacatan kekal kerana kabur sekali gus terpaksa melupakan sukan yang saya minati sejak di bangku sekolah rendah lagi,” katanya kepada Arena Metro. 

60917330_2488283877863111_895559917404946432_n-768×768
Kereta milik Faizal Muhammad yang terlibat dalam kemalangan.

Faizal yang pernah menyarung jersi Terengganu FC mengakui sukar untuk membuat keputusan meninggalkan sukan yang disayanginya itu dan berharap matanya dapat dipulihkan satu hari nanti.

“Begitu sayang kerana terpaksa bersara bukan disebabkan faktor umur kerana kudrat masih ada selain saya percaya masih ada pasukan yang menginginkan khidmat saya.

“Jika diizinkan Allah suatu hari nanti andai mata pulih seperti sedia kala, saya mungkin kembali atau menjadi jurulatih” kata Faizal pernah membantu skuad negara menjulang Piala AFF 2010 menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Mungkin anda terlepas pandang untuk membaca artikel menarik mengenai kemalangan yang menimpa para penyokong, pegawai dan pemain dalam Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

13 Mangsa Van Terbakar Terima Tiket Final Percuma

Exco PKNS FC Disahkan Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Bas Di Turki

Rozaimi Tegaskan Bukan Mudah Untuk Kembali Ke Zaman Kegemilangan

Sumber