Terengganu FC meneruskan usaha memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila menandatangani bekas pemain, Faiz Nasir yang dilepaskan oleh Selangor baru-baru ini.
Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana Faiz dikhabarkan menandatangani kontrak selama setahun bersama skuad Sang Penyu.
🏴🏳️ WELCOME HOME FAIZ NASIR 🏳️🏴#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite
#TFC2020 pic.twitter.com/4fRV7JoAPV— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) November 17, 2019
Sebelumnya, Faiz menjadi salah satu daripada 8 pemain yang dilepaskan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjelang saingan musim 2020 dimana 8 pemain tersebut tidak diberikan lanjutan kontrak.
Faiz Nasir sendiri bukanlah satu nama asing bagi bola sepak Terengganu sendiri dimana pemain berusia 28 tahun itu pernah beraksi bersama naib juara Piala Malaysia 2018 itu sebelum ini.
Pemain yang digelar sebagai “Messi Ganu” itu membantu TFC menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Perdana musim 2017 serta mara ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun berikutnya.
Dengan kemasukan Faiz Nasir, maka Terengganu kini mempunyai empat pemain baharu iaitu Faris Ramli, Nasir Basharudin serta Arif Fadzilah.
Baca artikel lain mengenai pasukan Terengganu FC di sini:
Bekas Kapten Perak, Nasir Basharudin Perkuatkan Terengganu FC Musim Depan
Pemain Sayap Singapura, Faris Ramli Sah Sertai Terengganu FC