Pemain sayap skuad B-22 tahun negara, Faisal Halim sah menyertai Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh Terengganu menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Faisal bakal menyarung jersi bernombor 7, jersi yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan, Lee Tuck.
🏴🏳 SELAMAT DATANG FAISAL HALIM KE PASUKAN #TFC2021🏳🏴
Selamat datang ke pasukan Terengganu Football Club buat Faisal Halim! Sama-sama kita jadikan ini permulaan untuk sebuah legasi yang lebih besar! #TOGETHER We Bleed Black And White!#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWHite pic.twitter.com/QHsUwNhbxx
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 6, 2020
Setelah beraksi selama 5 musim bersama pasukan Pahang sejak 2015, pemain berusia 22 tahun itu memutuskan untuk mencari haluan baharu bagi menghadapi saingan musim 2021.
Faisal Halim menyatakan perpindahan beliau ke Terengganu ini merupakan satu langkah bagi memastikan kariernya terus berkembang.
Pemain berasal dari Pulau Pinang ini turut melihat persaingan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama akan menghadirkan cabaran yang sengit. Namun beliau melihat perkara tersebut sebagai satu hal yang positif.
🎥 TEMUBUAL PERTAMA BERSAMA FAISAL HALIM 🏴🏳️
Saksikan temubual ringkas oleh media TFC bersama pemain baru TFC, Faisal Halim selepas beliau menandatangani kontrak lengkap untuk bersama pasukan ini bagi musim 2021.#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #TFCTV pic.twitter.com/aTTyonzd7q— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 6, 2020
Faisal dilihat mempunyai peluang yang baik untuk meningkatkan kualiti beliau memandangkan Terengganu bukan sahaja bakal beraksi di saingan liga domestik, malah mereka juga akan beraksi dalam saingan Piala AFC.
Skuad bimbingan Nafuzi Zain layak ke kejohanan peringkat Asia setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Bendera JDT Diturunkan Separuh Tiang Sebagai Tanda Penghormatan Kepada Syafiq Ahmad
Kerteh FC Umum INKA Creative Beli 10% Saham Syarikat, Bakal Garap Strategi Lonjak ‘Branding’ Kelab