Pemain ‘terkaya’ dunia, Faiq Bolkiah kini berhijrah ke Thailand menyertai kelab Thai League, Chonburi FC setelah meninggalkan kelab Portugal, C.S. Marítimo ekoran jarang mendapat minit permainan bersama pasukan itu.
Faiq yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Brunei pernah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City namun tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama.
Pemain yang berusia 23 tahun itu turut mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa akademi ternama di Eropah seperti Southampton dan Chelsea sebelum ke Portugal menyertai Maritimo.
Chonburi merupakan kelab Asia yang pertama disertainya dan beliau juga pemain pertama dari Brunei beraksi dalam Liga Thailand. Malah, Faiq kini rakan sepasukan kepada pemain pertahanan dari Malaysia, Junior Eldstal.
🚨 TRANSFER UPDATE!! Chonburi FC have signed Brunei international Faiq Bolkiah, the ‘richest footballer in the world’ and nephew of the Sultan of Brunei. Bolkiah previously played in the youth teams of Chelsea and Leicester City. pic.twitter.com/xf1ItWMGcs
— Thai League Central (@TL_Central) December 24, 2021
Meskipun tidak berjaya di eropah, Faiq tekad membuktikan kemampuannya di Asia bersama Chonburi dan membantu kelab itu memenangi pelbagai trofi dalam saingan domestik pada masa yang akan datang.
Faiq merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah dan dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak £13 Billion atau RM73 Billion sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain terkaya mengatasi pemain bintang dunia lain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Piala AFF 2020: Seri 1-1, Peluang Seimbang Buat Singapura & Indonesia
Piala AFF 2020: Kelibat Chanathip Songkrasin Leburkan Rekod Hebat Vietnam