Beberapa hari lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAEFA) untuk kerjasama masa depan antara kedua-dua badan induk itu.
Majlis tandatangani MoU disempurnakan secara dalam talian oleh Presiden FAT, Somyot Poompunmuang bersama Presiden UAE FA ,Sheikh Rashid Humaid Al Nuaimi semasa sidang video.
Perjanjian itu merupakan era baru kerjasama antara Thailand dan UAE. Mereka juga memastikan penyertaan pasukan kebangsaan masing-masing dalam pertandingan yang dianjurkan oleh dua badan induk itu.
Ini juga akan membuka jalan bagi kedua-dua negara untuk mengadakan kem latihan bersama untuk skuad senior, belia dan wanita mereka dan bertukar pengetahuan dalam banyak bidang termasuk sains sukan dan perubatan.
Selain itu, Thailand dan UAE juga akan bekerjasam dari segi pembangunan akar umbi, pembinaan fasiliti, kursus jurulatih dan pengadil serta penggunaan teknologi Video Assistant Referee (VAR).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand yang pernah ditulis oleh Vocket FC sebelum ini.
FA Thailand Mahu Anjur Liga U21 Mulai 2021, Platform Akira Nishino Pantau Pemain Generasi Baharu
RASMI: FA Thailand Umumkan Warrix Sebagai Pembekal Kelengkapan Skuad Kebangsaan Sehingga 2028