Krisis tunggakan gaji yang sedang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) kini memasuki babak baharu apabila salah seorang Exco persatuan tersebut dikhabarkan menggunakan kekerasan terhadap peminat yang mengkritik badan induk tersebut.

Exco yang dimaksudkan ialah Mohd Ashiq Abdul Samad dimana baru-baru ini beliau telah memuat naik satu post di laman media sosial Facebook miliknya dimana posting tersebut menggunakan kata-kata yang sedikit kasar dan seolah-olah beliau menggunakan kekasaran terhadap salah seorang peminat yang mengkritik MUSA.

Exco MUSA

Tindakan ini dilihat langsung tidak membantu persatuan bagi menemui jalan penyelesaian berkenaan isu tunggakan gaji yang dihadapi ketika ini. Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ashiq sedikit-sebanyak boleh merenggangkan hubungan antara MUSA dan juga penyokong setia Melaka United.

Berkaitan isu yang sedang dihadapi oleh persatuannya, Presiden MUSA, Tuan Hj Adly Zahari memberikan jaminan tunggakan gaji pemain tersebut akan mula dilunaskan pada hujung bulan ini.

Melaka United
FOTO: Melaka Utd

“Saya kecewa apabila ada yang mendakwa gaji pemain tidak dibayar sehingga lima bulan, ia tidak benar kerana tunggakan sebenar adalah tiga bulan.

“Kekangan yang kita hadapi sekarang adalah bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak sejak tahun lalu dan kita berusaha melunaskannya secara berperingkat berserta bayaran gaji menjelang hujung bulan ini,” katanya.

Baca artikel lain mengenai isu tunggakan gaji pemain Melaka United di sini:

Presiden MUSA Beri Jaminan Gaji Pemain Melaka Dilunaskan Hujung Bulan Ini

Shukor Adan Sudah Tawar Hati Bersama Melaka United

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan