Pemain tengah skuad kebangsaan Indonesia, Evan Dimas Darmono memberikan peringatan kepada rakan-rakan sepasukan agar memperkuatkan mental menjelang perlawanan akhir temasya Sukan SEA 2019 menentang pasukan Vietnam Selasa ini.
Bekas pemain Selangor itu berkata demikian setelah beliau melalui pengalaman lalu ketika Indonesia berdepan Malaysia di pentas separuh akhir temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang menyaksikan Garuda Muda tewas dengan keputusan 1-0 hasil tandukan N.Thanabalan.
“Ini mungkin dari pengalaman ketika kami beraksi di temasya edisi 2017 lalu. Pengalaman itu adalah dari segi kekuatan mental kerana kami telah melangkah ke perlawanan akhir.
“Kami harus melupakan perlawanan yang telah kami hadapan sebelum ini. Para pemain harus fokus kepada perlawanan yang akan dihadapi (final) dan rakan sepasukan yang lain harus sentiasa bersyukur kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir,” kata Evan Dimas menurut laporan CNN Indonesia.
Evan merupakan salah seorang pemain yang mengisi slot pemain lebih umur di samping Zulfiandi dan setakat ini pemain yang lahir daripada akademi Persebaya Surabaya itu menampilkan prestasi yang baik.
Pada perlawanan separuh akhir menentang Myanmar, Evan menjaringkan dua gol pada kemenangan 4-2 Indonesia sekaligus meletakkan Garuda Muda di pentas akhir sejak kali terakhir berbuat demikian pada edisi 2013 lalu.
Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia B-22 tahun di sini:
Selamat, Indra Sjafri Jadi Anggota Komite Teknik AFC 2019-2023