Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui aksi Liga Super menentang PDRM merupakan antara perlawanan yang paling membosankan setakat ini.
Baca Juga:
- Tewas Kepada PDRM, Penyokong Kedah Tak Puas Hati Dengan Pengadil
- Rata-Rata Peminat JDT Enggan Terima Semula Safawi Rasid
- PDRM FC Mahu Lupa Episod Hitam 2020, Tekad Kembali Bina Reputasi
Dalam perlawanan itu, JDT dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis hasil jaringan Fernando Forestieri pada minit ke 61.
Bagaimanapun, ia bukan perlawanan yang mudah kerana PDRM bermain dengan strategi ‘parking bus’ sehingga memberi kesukaran kepada penyerang utama JDT, Bergson Da Silva untuk mencari jaringan pembukaan.
📹 HIGHLIGHTS: @officialpdrmfc 0-1 @OfficialJohor
Fernando Forestieri menjaringkan gol tunggal perlawanan dalam kemenangan kesembilan berturut-turut JDT di Liga Super.
👉 https://t.co/plSEIF5hp8#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/78d8bZ0lNV
— Malaysian Football League (@MFL_MY) April 19, 2023
“Saya rasa ini perlawanan yang paling membosankan setakat ini. Saya tak pasti jika ia dipanggil sebagai perlawanan yang sukar kerana anda tahu PDRM asyik bermain bertahan dan sering melambatkan masa.
“Saya tak salahkan mereka kerana ia adalah strategi biasa dalam perlawanan bola sepak tetapi saya tidak fikir ia memberi kesukaran kepada kami hari ini.
“Inilah bola sepak, mereka boleh bermain dengan apa-apa strategi. Ia akan jadi lebih menarik jika ada kreativiti dalam melakukan serangan dan seterusnya menghiburkan para penyokong di stadium,” kata Solari dalam sidang media selepas perlawanan.
Tambahan pula, penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya termasuk sepakan penalti Bergson sekaligus memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama.
Penjaga gol PDRM, Nor Hakeem Hamidun cemerlang menggagalkan sepakan penalti pemain JDT, Bergson Da Silva.#DemiLigaKita pic.twitter.com/oKh1kdRdt9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 19, 2023
Kesilapan Aliff Najmi Shaaini pada minit ke-19 nyaris dihukum JDT namun dia menebus kesilapannya apabila berjaya menghalang hantaran Afiq Fazail di hadapan gawang gol tuan rumah.
Bersambung babak kedua, aksi ‘sebelah padang’ berterusan buat JDT yang mencuba daripada segenap sudut dan usaha keras mereka berhasil apabila Fernando Forestieri meledak gol kemenangan pada minit ke-61.
Ketinggalan satu gol, PDRM FC terus berdepan kesukaran apabila kehilangan seorang pemain selepas Kyaw Min Oo dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-74.
Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan gah di takhta liga dan memegang kelebihan lima mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Selangor FC (SFC) selepas sembilan perlawanan.