Bintang Manchester City, Erling Braut Haaland telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik di Anugerah PFA 2022/23.
Baca Juga:
- Burnley vs Man City: Haaland Cetak 2 Gol Untuk Juara Treble Mulakan Misi Pertahan Kejuaraan
- West Ham vs Arsenal: Saka ‘Miss’ Penalti Dalam Aksi Terikat 2-2
- Manchester City Juara Piala Super Eropah 2023
Sementara itu Bukayo Saka dari Arsenal telah dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA 2022/23. Saka menjadi nadi Arsenal dalam kempen di mana mereka hampir bergelar juara.
Hanya terlepas kejuaraan pada minggu minggu terakhir EPL musim lalu.
Erling Haaland beraksi cemerlang pada musim debutnya bersama Man City dan membantu kelab itu menjuarai treble musim lalu.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan memecahkan rekod legenda Newcastle Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL, Haaland berkata: “Dia menjaringkan banyak gol dan saya tidak mahu melihat terlalu jauh ke hadapan tetapi saya mahu berada di sini, sekarang.”
“Saya cuba menikmati setiap detik dalam hidup saya. Saya telah bermain dalam pasukan yang sangat bagus dan mereka banyak membantu saya. Secara individu saya perlu terus meningkat.”
Pemain pemain Arsenal dan Man City mendominasi senarai Kesebelasan Terbaik PFA musim ini diketuai Erling Haaland dan Bukayo Saka.
Bukayo Saka X Erling Haaland
Football is in safe hands🤝 pic.twitter.com/EowvH7ikmI
— UpYourArsenal🔴⚪🔴⚪♥️ (@UPYOURARSENAL04) August 30, 2023
Di mana ada 5 pemain Manchester City dan 4 pemain Arsenal berada dalam senarai.
Aaron Ramsdale menewaskan pemenang Sarung Tangan Emas EPL musim lalu, David De Gea untuk bergelar penjaga gol pilihan PFA 2022/23.
Sementara itu, Harry Kane yang kini bersama dengan Bayern berjaya menempatkan dirinya dalam senarai XI terbaik. Seorang lagi pemain yang bukan dari Man City atau Arsenal ialah Kieran Trippier yang cemerlang mengetuai Newcastle untuk menempatkan diri dalam slot UCL musim ini.
https://twitter.com/Footactu1212/status/1696613935317704903