Chelsea berjaya bangkit daripada gol sendiri Antonio Rudiger untuk menang ke atas Sheffield United dalam aksi penuh mendebarkan.

Kemenangan ini melonjakkan mereka ke tangga kelima dalam carta Liga Perdana Inggeris. Chelsea turut mengekalkan rekod tanpa kalah pada era Tuchel yang dilantik menggantikan Lampard pada bulan lalu.

Chelsea agak bergelut pada 30 minit pertama perlawanan. Kerana Sheffield benar benar beraksi dengan baik.

Oliver Burke melepaskan percubaan awal yang hampir memberikan pendahuluan kepada paukannya.

Pada minit ke-12, Sheffield dihadiahkan sepakan penalti. Namun VAR menafikannya.

Pasukan pelawat akhirnya di hadapan juga menerusi Mason Mount yang menyempurnakan umpanan Timo Werner.

Pada separuh masa kedua, Chelsea bolos pertama kali sejak diambil alih Tuchel. Ianya adalah menerusi gol sendiri Rudiger. Di mana Rudiger dengan cuainya melorongkan bola ke belakang dan masuk.

 

Namun Chelsea berjaya mendapatkan semula gol pendahuluan mereka menerusi sepakan penalti Jorginho pada minit ke-58. Penalti diberikan selepas Timo Werner dijatuhkan oleh penjaga gol Sheffield, Aaron Ramsdale.

Jorginho menjaringkan 11 gol dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini. 9 daripadanya adalah menerusi penalti bersamaan dengan 82% daripadanya.

Ianya menjadi rekod tertinggi untuk pemain yang menjaringkan 10 gol dan ke atas dalam sejarah EPL.

Sheffield United, yang telah memenangi tiga dari lima perlawanan sebelumnya, melancarkan beberapa serangan lewat namun Mendy kental mempertahankan gawang beliau.

Dengan kekalahan Liverpool 1-4 di tangan Manchester City, kemenangan Chelsea itu mengembalikan mereka ke persaingan untuk ke Liga Juara-Juara Eropah. Di mana mereka kini berada di tangga kelima daripada tangga kesembilan ketika Lampard dipecat.

Baca juga perkembangan lain

Serie A: Ibrahimovic Bantu Lonjak Milan 2 Mata Di Puncak Liga

EPL: Dua Kesilapan Alisson Musnahkan Liverpool Di Anfield

Martinez Balas Balik Tuduhan Lacazette Di Twitter