Arsenal berjaya bangkit daripada ketinggalan awal untuk menang 3-1 ke atas Leicester.
Arsenal berkunjung ke Stadium King Power untuk berdepan dengan Leicester. Leicester sebelum ini dikejutkan oleh Slavia Praha dalam saiangan Liga Europa. Manakala Arsenal berjaya mengatasi cabaran Benfica.
Seawal enam minit, Leicester sudah di hadapan menerusi Youri Tielmans. Pemain tengah tersebut mendapat ruang yang terlalu selesa dan beliau terus menghukum Arsenal.
Tidak lama selepas itu, Leicester hampir menggandakan kedudukan namun percubaan Vardy dinafikan oleh Bernd Leno.
Tielmans kemudian bertukar dari wira kepada perosak dalam masa enam minit. Ini kerana beliau memberikan penalti kepada Arsenal. Tetapi mujur VAR menarik balik penalti tersebut.
Enam minit terakhir separuh masa pertama Arsenal berjaya bangkit dan masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-2.
David Luiz menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-39. Ianya hasil umpanan dari Willians.
🇧🇷 🤝 🇧🇷
Willian has assisted David Luiz in a #PL game for the first time since February 2019#FPL #LEIARS pic.twitter.com/NmY7Nt5Nri
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) February 28, 2021
Dan pada masa kecederaan, akhirnya Arsenal mendapat penalti. Kali ini penalti itu benar benar diberikan. Ianya selepas Ndidi tertampan bola dengan tangannya.
Alexandre Lacazette memastikan Arsenal berada di hadapan.
Bersambung babak kedua, Nicolas Pepe menambah derita Leicester dengan gol ketiga, hanya 7 minit perlawanan bersambung. Pepe merupakan pemain yang paling banyak dikasari lawan dalam perlawanan ini.
Beliau berjaya mendapatkan gol yang dicari carinya sepanjang perlawanan.
Nicolas Pépé's first half by numbers vs. Leicester City:
100% duels won (5/5)
41 touches
5 penalty area entries
5 fouls won (most)
4 ball recoveries
3 crosses
1 shotProving to be a tricky customer. 😈 pic.twitter.com/PTRaRB3X0c
— Squawka (@Squawka) February 28, 2021
Ianya berpunca daripada serangan balas. Odegaard, Pepe dan Willian terlibat dalam binaan gol berpasukan ini.
Leicester gagal untuk bangkit dan Arsenal berjaya mempertahankan kubu mereka. Tamat perlawanan, Leicester 1 Arsenal 3.
Dam ini adalah kemengan pertama Arsenal berdepan dengan pasukan yang berada dalam tiga teratas pada hari perlawanan sejak 2015.
2015 – This was Arsenal’s first away victory against a team starting the day in the top three of the Premier League table since January 2015 (2-0 v Manchester City) – they were winless in their last 14 such games coming into today (D3 L11). Test. pic.twitter.com/rCE59eFlWV
— OptaJoe (@OptaJoe) February 28, 2021
Baca juga perkembangan lain
EPL: Assist Lingard Masih Tak Mampu Halang Kemenangan Ke-20 City Berturut Turut
16 Terakhir UEL: ‘Derbi’ Zlatan Dan ‘Jodoh’ Arsenal-Olympiakos Yang Sangat Kuat