Tottenham Hotspur mengalami kekalahan kedua berturut turut di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Di mana mereka harus menelan kekalahan ketiga berturut-turut di Liga Perdana Inggeris secara keseluruhannya, setelah tewas 0-1 di tangan Chelsea dalam aksi derbi Lndon.
Jaringan tunggal perlawanan adalah menerusi penalti Jorginho pada separuh masa pertama – selepas Timo Werner dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Eric Dier.
Selepas tamat perlawanan Jose Mourinho secara terbuka mengecam pengadil perlawanan iaitu Andre Marriner yang menurutnya telah membantu kemenangan Chelsea.
Mourinho mendedahkan selama ini beliau mengagumi Marriner dan mengikuti rapat perkembangan pengadil itu. Namun kali ini Mourinho terpaksa mengkritiknya.
“Saya menganggap beliau sebagai salah seorang pengadil terbaik di Liga Perdana.”
“Saya mengikutinya dan saya sangat mengaguminya. Ini memberi saya kedudukan yang baik untuk memberitahunya bahawa saya tidak menyukai penampilannya pada kali ini.”
“Mereka mendapat penalti yang bukan penalti yang anda katakan adalah situasi berbahaya, satu lawan satu, hampir menjaringkan gol. ”
“Ini adalah penalti yang sukar diterima dan kalah seperti ini sedikit menyakitkan.”
Jose Mourinho juga menuduh Chelsea tidak berhak menang. Kerana pasukannya yang lebih banyak mencipta peluang gol.
“Itu agak sukar, tetapi berapa banyak peluang yang mereka miliki (Chelsea)? Kami tidak memiliki penguasaan bola tinggi, benar, kami tidak ‘bermain’ bola pada babak pertama, itu pun betul,” kata Jose Mourinho.
Jose Mourinho hits out at referee Andre Marriner for awarding Chelsea penalty in Tottenham loss https://t.co/SFrowTZzWQ
— Mail Sport (@MailSport) February 4, 2021
“Tetapi pada akhirnya penalti menentukan perlawanan ini,” tambah beliau lagi.
Ini adalah kemengan kedua Tuchel bersama Chelsea selepas mencipta 1 seri dan satu menang sebelum ini.
Kekalahan Mourinho di tangan Tuchel adalah sehari selepas Jose Mourinho melancarkan perang saraf dengan menyatakan bahawa menjadi pengurus Chelsea adalah tugas yang mudah.
A win for Thomas Tuchel's Chelsea side over Tottenham!
He's now managed three consecutive league clean sheets 🧱
Meanwhile, Jose Mourinho has lost consecutive home games for the first time ever in the Premier League 😬 pic.twitter.com/rs5AAHl7nr
— Football on TNT Sports (@footballontnt) February 4, 2021
Baca juga perkembangan lain
Marseille Tolak Perletakan Jawatan Villas Boas Dan Kemudian Memecatnya