Arsenal berjaya memastikan mereka kembali ke landasan persaingan ke UCL musim hadapan. Keadaan sebaliknya berlaku untuk lawan mereka, Manchester United.
Beberapa hari selepas kekalahan di tangan Liverpool di Anfield, Man United kalah lagi di tangan sebuah lagi pasukan seteru utama mereka dalam sejarah iaitu Arsenal.
Dalam aksi yang berlangsung di Emirates, Arsenal berjaya menewaskan Manchester United 3-1.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Ralf Rangnick memutuskan untuk merehatkan Harry Maguire selepas pemain itu dan keluarganya menerima ancaman bom.
Dalam aksi yang berlangsung di halaman Arsenal itu, Nuno Tavares meletakkan Arsenal di hadapan hanya selepas 3 minit sepak mula.
1998 – Nuno Tavares is the first player whose first ever goal for Arsenal came against Manchester United since Fredrik Ljungberg in September 1998. Opportunistic. pic.twitter.com/iKdORfH5fd
— OptaJoe (@OptaJoe) April 23, 2022
Man United harus menyalahkan diri sendiri kerana kekalutan pemain pemain mereka yang gagal mengeluarkan bola.
Arsenal kemudian terus menunjukkan aksi lebih positif berbanding lawan mereka. Man United kemudian meminta penalti daripada pengadil kerana Cedric Soares mengawal bola dengan tangannya dalam kotak penalti.
Namun pengadil tidak melayan permintaan itu. Ironinya, Arsenal pula yang diberikan penalti. Arsenal sebenarnya mendapat gol kedua menerusi Eddie Nketiah yang menyambar bola yang termuntah dari kaki Saka selepas pemain itu dicabar pertahanan lawan.
Gol Nketiah itu dibatalkan kerana ofsaid. Namun pengadil perlu melihat semula insiden sebelum gol itu melibatkan Bukayo Saka. Dan pengadil – selepas melihat semula VAR – memutuskan untuk memberikan penalti kepada The Gunners.
Saka sendiri yang mengambil penalti itu dan tiada masalah menyudahkannya.
Bukayo Saka in the Premier League this season:
⚽️ 10 goals
🎯 5 assists
🔑 57 key passes
📈 113 shot-creating actionsFrontrunner for Young Player of the Year? 🤔 pic.twitter.com/ekk00ARFzr
— TEAMtalk (@TEAMtalk) April 23, 2022
Namun hanya 2 minit daripada gol Saka itu, Ronaldo merapatkan jurang gol apabila dia menyambar hantaran Nemanja Matic pada minit ke-34.
Ianya memberikan harapan kepada Man United untuk bangkit.
Cristiano Ronaldo is the first player in history to score 100+ goals in both LaLiga and the Premier League:
🇪🇸 292 games, 311 goals
🏴 223 games, 100 goalsAnother record for the 🐐 pic.twitter.com/CvbN5uXWuH
— William Hill (@WilliamHill) April 23, 2022
Ronaldo kini menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam La Liga dan EPL.
Ronaldo turut melakukan satu gol yang dibatalkan kerana ofsaid.
Pada minit ke-57 Manchester United mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan apabila mereka diberikan sepakan penalti. Namun sayangnya, Bruno Fernandes mempersia siakan peluang itu dengan merembat terkena tiang gol.
Bruno Fernandes hits the post from the penalty & it bounces out! Huge let off for Arsenal! #afc pic.twitter.com/diybLAQeph
— afcstuff (@afcstuff) April 23, 2022
Bruno Fernandes mencatatkan rekod tak diingini dalam kariernya. Menjadi pemain pertama selepas Teddy Sheringham yang gagal menyempurnakan penalti sebanyak 2 kali dalam satu musim EPL.
Bruno Fernandes is the first Manchester United player to miss two penalties in a single Premier League season since Teddy Sheringham in 1997/98, 24 years ago. 😳
Seems like a curse at this point. 😅🔮#BrunoFernandes #ARSMUN pic.twitter.com/3irvEWAWyK
— StatmanJames (@JamesStatman) April 23, 2022
Pada minit ke-61, gol Cristiano Ronaldo pula dibatalkan kerana dia di kedudukan ofsaid.
Pada minit ke-70, Granit Xhaka melakukan rembatan deras meneaskan De Gea. Itulah gol pembunuh dalam perlawanan ini.
Tamat perlawanan Arsenal 3 Manchester United 1.
Ini adalah kekalahan kesepuluh Manchester United musim ini. Terlalu banyak untuk sebuah pasukan dengan perbelanjaan yang besar seperti mereka.
Kekalahan ini juga membuatkan mereka kini 6 mata dari Arsenal di tempat keempat. Namun Man United lebih satu perlawanan.