Manchester United sekali lagi menelan kekalahan mereka dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kali ini kalah 1-0 di tangan pasukan yang terancam penyingkiran Everton.
Manchester United sebelum ini disingkirkan oleh Atletico Madrid daripada UCL kemudian seri 1-1 dengan Leicester – yang menyaksikan mereka semakin sukar untuk mendapatkan kedudukan terbaik bagi perebutan 4 teratas.
Ini selepas Man United dipintas oleh Spurs dan West Ham United pada minggu lalu dalam carta liga, meletakkan mereka berada di tangga ketujuh.
Dalam aksi di Goodison Park, Manchester United menerima semula kehadiran Cristiano Ronaldo sebagai penyerang utama.
Namun ternyata pemain antarabangsa Portugal itu masih gagal membantu United daripada kekalahan kelapan mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim ini.
Jaringan minit ke-27 oleh pemain muda Anthony Gordon memberikan Everton 3 mata berharga dalam usaha mereka mahu mengelak penyingkiran selepas beberapa keputusan yang teruk dicapai oleh skuad bimbingan Frank Lampard.
Rembatan Gordon terbias pada Harry Maguire yang terus melalui musim yang sukar musim ini selaku ketua pasukan Manchester United.
Everton melalui baki perlawanan yang sukar. Namun sempat menjadikan Manchester United sebagai mangsa mereka.
United menguasai perlawanan sekali lagi, namun gagal mencipta lebih banyak peluang berkualiti dalam perlawanan ini.
A huge three points for Frank Lampard’s side! 🔵 #EVEMUN pic.twitter.com/r4F54KWMUA
— Premier League (@premierleague) April 9, 2022
Kredit juga kepada Jordan Pickford yang menunjukkan prestasi luar biasanya di atas padang, menafikan beberapa percubaan bahaya United termasuk daripada jarak dekat oleh Cristiano Ronaldo.
Lampard akhirnya berjaya memenangi perlawanan menentang Manchester United sebagai pengurus selepas gagal melakukannya ketika bersama Chelsea.
Frank Lampard has now won more Premier League games against Man Utd as Everton manager (1) than he did during his time in charge of Chelsea.
Huge three points. 😤 pic.twitter.com/fgZuRhxrRe
— Squawka (@Squawka) April 9, 2022
United benar benar dalam prestasi yang tidak baik pada masa ini. Berada di tangga ketujuh, dengan 3 mata dibezakan dari 4 teratas. Hanya 1 kemenangan daripada 7 perlawanan liga terakhir mereka.
🔻 7th in the Premier League
🔻 Three points behind 4th spot
🔻 One win in last seven gamesThe struggle is real for Manchester United 😣 pic.twitter.com/lALZsayCCP
— GOAL (@goal) April 9, 2022