Musim suram Manchester United kini terus berada di tahap terendah mereka musim ini, apabila mereka dibelasah oleh Brighton 4-0.
Aksi teruk ditunjukkan Manchester United sememangnya tak berhak mendapat sebarang mata, namun kekalahan 4-0 adalah sangat besar dan memalukan untuk mereka terima.
Brighton merekodkan kemenangan terbesar mereka dalam EPL dan ianya adalah ke atas juara terbanyak dalam sejarah pertandingan iaitu Manchester United.
4 – Brighton's 4-0 win over Manchester United saw them secure their biggest ever top-flight win in their history, in what was their 356th match at this level. Dreamland. pic.twitter.com/sC086SDstH
— OptaJoe (@OptaJoe) May 7, 2022
Cristiano Ronaldo beberapa kali menggelengkan kepalanya ketika di atas padang.
United telah mengalami pelbagai kritikan dalam salah satu musim yang paling hambar mereka dalam beberapa musim ini.
Skuad kendalian Ralf Rangnick itu ditewaskan menerusi gol Moises Caicedo, Marc Cucurella, Pascal Gross dan Leandro Trossard di Stadium Amex.
Selepas kekalahan 5-0 dan 4-0 menentang musuh ketat Liverpool, kekalahan 4-1 di Watford yang menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer dipecat pada November dan Piala FA di tempat sendiri kepada pasukan Kejuaraan Middlesbrough, tiada apa lagi yang lebih teruk daripada perjalanan tersebut.
United memulakan musim ini dengan penuh harapan. Mendapatkan bek tengah Real Madrid, Raphael Varane. Kemudian memuktamadkan perjanjian mendapatkan bintang masa depan England, Jadon Sancho.
Pada hari terakhir perpindahan pra musim mereka mendapatkan Cristiano Ronaldo yang merupakan legenda kelab.
Malangnya, semakin lama mereka melalui musim ini, semakin sukar untuk mereka.
United menamatkan musim ini dengan tanpa sebarang trofi buat tahun kelima berturut turut.
Dan kini mereka terlepas slot ke UCL buat kali kelima dalam 30 musim terakhir mereka.
Dengan 58 mata dan hanya satu perlawanan lagi, kekalahan kelima berturut-turut United di tempat lawan bermakna mereka akan menamatkan saingan dengan jumlah mata terendah dalam era Liga Perdana Inggeris.
Penyokong United berkumpul di satu hujung Stadium Amex sambil mengecam pemilik kelab keluarga Glazer dengan sepanduk bertulis ‘Kami mahu kelab kami kembali’.
Bukan kali pertama musim ini, pemain United menunjukkan aksi hambar dan mencatatkan keputusan buruk.
Pasukan Rangnick dikejutkan seawal minit ke-15 apabila pemain tengah Ecuador, Caicedo menjaringkan gol pertamanya dalam kancah bola sepak Inggeris.
Special player. 🌟 #BHAMUN pic.twitter.com/iVIK5zvf0O
— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) May 7, 2022
United gagal meledak walau 1 percubaan tepat dalam persembahan buruk pada separuh masa pertama mereka.
Fred dan Edinson Cavani dibawa untuk menggantikan Anthony Elanga dan Nemanja Matic pada waktu rehat, tetapi United tidak dapat meningkatkan permainan mereka.
Hanya empat minit separuh masa kedua, Cucurella menangis kegembiraan selepas dia menjaringkan gol pertamanya dalam bola sepak Inggeris.
Entah bagaimana pemain pemain United boleh membenarkan bek kiri asal Sepanyol itu melakukan rembatan dalam ruang yang sangat besar.
Dalam keadaan kucar-kacir di bahagian belakang, United kembali dibolosi pada minit ke-57.
Cucurella memberikan umpanan kepada Trossard dan dia mempunyai ruang untuk melakukan percubaan melepasi David De Gea.
Tidak lama kemnudian, Diogo Dalot cuba mengeluarkan chip daripada Danny Welbeck, tetapi bola terkena Trossard dan bergolek ke dalam jaring. VAR mengesahkan gol itu bersih.
Peminat United yang marah mulai mengejek pemain mereka dengan melaungkan ‘kamu tidak layak memakai baju itu dan ‘kami mahu Ten Hag’, yang mana penyokong Albion membalas dengan menjerit ‘kami mahu 10’ merujuk kepada gol mereka.
Manchester United have conceded FOUR against Brighton 😱 pic.twitter.com/pA6jquemoO
— GOAL (@goal) May 7, 2022
Walaupun mustahil mendapatkan 10 gol, namun Brighton hampir memberikan mimpi ngeri lebih teruk buat United apabila percubaan Alexis Mac Allister terkena tiang dan percubaan Welbeck juga hampir menembusi pasukan lamanya itu.
Dalam keadaan 4-0, Rangnick terpaksa memasukkan pertukaran defensif dengan memasukkan Harry Maguire yang sebelum ini direhatkan.
Ia adalah cerminan bahawa situasi di United dalam perlawanan ini sudah memasuki fasa mengekang kerosakan yang lebih teruk.
Tamat perlawanan, Brighton 4 Manchester United 0.