Pengendali pasukan Chelsea, Frank Lampard enggan menyalahkan penjaga gol pasukannya di sebalik kekalahan tipis 1-0 di Goodison Park.
Lampard bertemu dengan bekas gurunya, Carlo Ancelotti yang pernah menjadi pengurusnya ketika Lampard bermain di Chelsea.
Lampard pada masa yang sama menegaskan bahawa pasukannya masih dalam proses pembelajaran.
Chelsea sebelum ini menikmati sembilan perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris.
Sebaliknya, Everton mengalami tempoh yang sukar dalam beberapa minggu terkahir mereka selepas permulaan yang sangat baik musim ini.
Chelsea tewas menerusi gol tunggal Gylfi Sigurdsson dari titik penalti pada minit ke-22.
Everton dihadiahkan penalti itu setelah penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy mengasari penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin.
Mendy mengambil risiko dengan meluru ke arah Calvert Lewin dan merempuh pemain antarabangsa England itu.
FT: Everton take the points today. 😔#EVECHE pic.twitter.com/Yhc2SyU4OB
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 12, 2020
Namun, Lampard tidak menyalahkan penjaga gol barunya itu.
“Edouard sememangnya hebat sejak dia berada di sini, tetapi saya rasa itu bukan salahnya. Mentaliti seluruh pasukan tidak baik ketika cuba merampas bola,” tegas Lampard.
Beliau kemudia menambah:
“Ketika kami ketinggalan 0-1, kami memberi masalah kepada diri sendiri dan kami tidak cukup baik untuk mengalahkan mereka,” merujuk kepada kegagalan Chelsea untuk bangkit.
Baginya, akan sangat sukar untuk menentang Everton di Goodison Park jika ketinggalan pada awal permainan.
Pada masa yang sama, Lampard menolak pandangan daripada segelintir pihak termasuk Jurgen Klopp bahawa Chelsea adalah calon juara Liga Perdana Inggeris musim ini.
Baca juga perkembangan lain
Boateng Sarankan Messi Sertai Napoli Untuk Menamatkan Karier Dengan Penuh Legenda
FIFA Best: Messi, Ronaldo, Lewandowski Rebut Anugerah Terbaik, Ini Senarai Penuh Pencalonan