Borussia Dortmund menjamu kunjungan Vfb Stuttgart di Signal Iduna Park dalam aksi Bundesliga.

Namun ianya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada pasukan bimbingan Lucien Favre apabila mereka di belasah 1-5 oleh pasukan pelawat.

Borussia Dortmund turun tanpa penggempur utamanya, Erling Haaland yang cedera. Namun itu bukan alasan untuk dibelasah seteruk itu. Kalau pun ada Haaland, mereka tetap akan kalah dengan pertahanan yang teruk.

Silas Wamangituka sekali lagi menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan berturut turut untuk memberikan kemenangan pertama kepada Stuttgart di Signal Iduna Park sejak 13 tahun lamanya.

Stuttgart bermula dengan baik sekali. Borna Sosa memaksa Roman Burki melayangkan diri untuk mematikan sepakan percuma bahaya darinya.

Tanguy Coulibaly gagal memanfaatkan peluang dari dalam kotak penalti.

Jude Belligham hampir membuka akaun gol Bundesliga beliau, tetapi golnya dibatalkan kerana Marco Reus ofsaid ketika binaan gol.

Aksi dominan Stuttgart membuahkan hasil apabila Mateo Klimowicz dijatuhkan Emre Can di dalam kotak penalti pada minit ke-26.

Silas Wamangituka menyempurnakannya untuk meletakkan pelawat 1 gol di hadapan.

EpDw7Y_WMAcco_H 

Coulibaly sekali lagi mensia siakan peluang keemasan. Percubaan jarak dekatnya dinafikan oleh Burki, susulan oleh Klimowicz pula melambung tinggi.

Enam minit sebelum wisel rehat, Gio Reyna menyamakan kedudukan menerusi percubaan yang cantik.

Masuk ke separuh masa kedua, Stuttgart di hadapan sekali lagi – hanya selepas 8 minit aksi disambung semula.

Orel Mangala menghantar bola yang secukup rasa untuk disudahkan oleh Silas Wamangituka.

Ketinggalan 1-2, Lucien Favre melakukan perubahan taktikal dengan mengeluarkan Emre Can – memasukkan Reinier.

Perubahan taktikal itu menjadikan BvB daripada teruk kepada lebih teruk.

Mereka kemudian melepaskan 3 lagi gol.

Stuttgart menggandakan pendahuluan mereka menerusi Phillip Forster pada minit ke-60.

3 minit kemudian Tanguy Coulibaly melencongkan bola dari dalam kotak penalti melepasi Mats Hummels.

Stuttgart sepatutnya memberikan kerosakan lebih teruk kepada Dortmund namun mereka tidak dapat menyempurnakan beberapa lagi peluang. Secara keseluruhan Stuttgart melakukan 10 percubaan tepat daripada 18 kesemuanya.

Malam Dortmund menjadi mimpi ngeri dengan gol kelima Stuttgart menerusi Nicolas Gonzalez pada masa kecederaan sebelum tamat. Stuggart menang 5-1.

https://twitter.com/gwfootball_/status/1337795603133321217

Ini merupakan kekalahan keempat Borussia Dortmund dalam saingan liga musim ini.

Baca juga perkembangan lain

FIFA Best: Messi, Ronaldo, Lewandowski Rebut Anugerah Terbaik, Ini Senarai Penuh Pencalonan

EPL: Bruno Fernandes Yakin Manchester United Mampu Juara Musim Ini

Bernardo Silva: Kepulangan Semula Aguero Tonik Berharga Menjelang Derbi Manchester