Telegraph melaporkan, Ketua eksekutif Liga Perdana Inggeris menyatakan bahawa mereka mengambil serius tuntutan oleh tunang Jamal Khashoggi agar mereka menghentikan pengambilalihan Newcastle United yang disokong oleh Arab Saudi.
CEO Liga Perdana Inggeris, Richard Masters dilaporkan telah memberitahu peguam Hatice Cengiz (tunang arwah Jamal Kashoggi) bahawa beliau simpati dengan apa yang berlaku kepada klien beliau.
Dan Masters memberitahu bahawa EPL kini sedang mempertimbangkan sepenuhnya permintaan daripada pihak Hatice Cengiz.
Dua kali pihak guaman Rodney Dixon QC yang mewakili Hatice menulis surat aduan rasmi kepada EPL, untuk memastikan mereka menghalang pemilikan bernilai £300 juta tersebut.
Ini adalah pertama kalinya Liga Perdana Inggeris meneliti tuduhan pembunuhan dan pelanggaran hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada ujian pemilik dan pengarah.
Cengiz pertama kali bersuara menentang pengambilalihan Newcastle yang dipimpin oleh Arab Saudi pada bulan April.
Di mana beliau memberi amaran bahawa EPL akan mencemarkan reputasi mereka jika meluluskan pengambilalihan itu.
Hal ini kerana kerajaan Saudi akan menggunakan dana pelaburan awam untuk membiayai Newcastle United, menjadikan mereka sebagai salah sebuah kelab terkaya di dunia.
Putera mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, mengetuai pemilikan Saudi itu dengan 80% daripada saham kelab milik mereka.
Hatice menyatakan bahawa, Mohamed bin Salman sebelum ini dikaitkan dengan pembunuhan tunangnya.
Dan cuba menggunakan Newcastle yang bermain di EPL sebagai alat untuk dia membersihkan namanya, yang dianggap pemutihan menggunakan sukan.
The Premier League are “fully considering” calls to stop the #nufc takeover from going through. https://t.co/ayRgSX4EXm
— NUFC360 (@NUFC360) June 4, 2020
Richard Masters berkata kepada peguam Hatice: “Tentu saja [kami akan mempertimbangkan cadangan klien anda], saya tetap bersimpati dengan kedudukan klien anda.”
Masters kemudian menolak untuk berjumpa dengan Hatice secara bersemuka seperti yang dicadangkan oleh peguam wanita itu.
Masters juga menegaskan bahawa, proses mereka sangat sulit dan persendirian. Beliau pada masa yang sama perlu menjaga kerahsiaan berkaitan dengan beberapa perkara.
Pertemuan mereka dikhuatiri akan membuatkan media bermain dengan banyak spekulasi.
Masters kemudian memberikan jaminan bahawa mereka tetap akan mempertimbangkan permintaan Hatice.
“Namun, saya memberi jaminan kepada anda dan klien anda bahawa ianya dipertimbangkan sepenuhnya dalam proses kami.”
Selepas kenyataan oleh Masters itu, Cengiz mengatakan bahawa beliau yakin EPL akan melakukan perkara yang betul dengan membatalkan pemilikan Saudi itu.
“Pandangan Encik Masters memberikan saya keyakinan bahawa Liga Perdana akan melakukan perkara yang betul di sini.
“Saya yakin bahawa jika Liga Premier mengikuti peraturan dan mandat mereka sendiri, terutama sekali dalam proses ujian pemilik dan pengarah, mereka akan menyekat pengambilalihan Newcastle United oleh Mohammed bin Salman dan Dana Pelaburan Awam yang dipengerusikannya.
“Sehingga Bin Salman bertanggungjawab atas penglibatannya dalam pembunuhan kejam Jamal, organisasi harus mengelakkan diri mereka – untuk tidak melakukan sebarang urusan dengannya.”
Arab Saudi selalu menafikan putera itu terlibat dalam pembunuhan itu. Di mana negara tersebut sudah mengambil tindakan ke atas beberapa suspek pembunuhan.
Namun media di Turki pula yakin Mohammed bin Salman dalang kepada pembunuhan Kashoggi berdasarkan siasatan yang mereka lakukan.
Liga Perdana juga telah ditekan secara meluas untuk menghentikan pengambilalihan atas tuduhan cetak rompak perlawanannya oleh Arab Saudi oleh BeIN Sport yang merupakan media dari Qatar.
Selain itu Amnesty International menuduh Mohamed bin Salman terlibat dalam salah laku hak asasi manusia dan dikaitkan dengan pembunuhan Jamal Kashoggi.
Baca perkembangan lain
CEO Premier League Akui Proses Pengambilalihan Newcastle Adalah Paling Rumit
Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle
BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?