Penalti pada masa kecederaan Jorginho memastikan Chelsea mengelak daripada ketinggalan lebih jauh dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan dramatik ke atas Leeds United di Stamford Bridge.
Pemain remaja Joe Gelhardt, yang dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-81, dilihat akan memberikan 1 mata lewat untuk Leeds dengan sentuhan pertamanya. Pemain itu menjadikan kedudukan 2-2.
Dalam pertemuan yang sangat menghiburkan dengan menampilkan tiga sepakan penalti yang berjaya disudahkan, Raphinha meletakkan pelawat di hadapan dengan sepakan penalti pertama permainan selepas 28 minit berikutan kekasaran oleh Marcos Alonso ke atas Daniel James.
Tetapi Chelsea, yang melepaskan kedudukan teratas dalam carta liga berikutan kekalahan 3-2 mereka kepada West Ham hujung minggu lalu, bangkit apabila Mason Mount menerima hantaran lintang rendah Alonso.
Mount kemudian melakukan penyudah cantik. Ianya berjaya memastikan Chelsea masuk ke bilik persalinan dengan skor 1-1.
Pasukan bimbingan Thomas Tuchel dihadiahkan penalti ketika aksi hampir sejam selepas Raphinha melakukan kekasaran ke atas Antonio Rudiger.
Dan peluang itu digunakan sebaik baiknya oleh Jorginho memastikan Chelsea di hadapan buat pertama kalinya.
Namun gol itu dibalas oleh Gelhardt kira kira 9 minit sebelum waktu sebenar perlawanan.
Malang buat Leeds apabila Mateusz Klich menjatuhkan Rudiger untuk memberikan penalti kepada Chelsea dan ianya disempurnakan dengan tenang oleh Jorginho.
ICE-COLD FROM JORGINHO. 🥶 pic.twitter.com/5VrAa6XcF6
— B/R Football (@brfootball) December 11, 2021
Kini Jorginho sudah mencatatkan 12 gol terakhir beliau dalam Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea, dengan kesemuanya adalah menerusi ssepakan penalti.
Jorginho’s last 12 Premier League goals for Chelsea:
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ Penalty
⚽️ PenaltyAnother one from the spot this afternoon. pic.twitter.com/sMR7nxNXO2
— Squawka (@Squawka) December 11, 2021
Dalam aksi lain, Manchester City menewaskan Wolves 1-0. Manakala Liverpool pula menewaskan Aston Villa. Ini bermakna Chelsea kekal berada di tangga ketiga selepas 16 perlawanan.
Baca juga artikel
EPL: Penalti Mo Salah Berikan 3 Mata Untuk Liverpool Pada Hari Kepulangan Gerrard Ke Anfield
Arthur Buat Hal Lagi, Kali Ini Allgeri Larang Dia Naik Bas Sebab Lambat Datang Latihan