Arsenal menghadapi kekalahan kedua berturut turut dalam masa 3 hari.

Sebelum ini The Guner tewas di tangan Man City dengan 3-0.

Arsenal berpeluang meminta Spurs di dalam carta liga jika menang pada aksi hari ini. Ianya selepas Spurs terikat 1-1 dengan Man United semalam.

Arsenal yang berkunjung ke Brighton bermain lebih baik daripada aksi mereka sebelum ini. Namun lawan mereka juga dalam prestasi yang baik.

Arsenal menerima satu lagi perkhabaran buruk berkaitan kecederaan pemain. Sebelum ini mereka sudah kehilangan Pablo Mari dan Xhaka.

Kali ini mereka kehilangan pemain penting mereka iaitu Bernd Leno.

Namun begitu, Nicolas Pepe memberikan Arsenal keceriaan lebih awal. Beliau melakukan rembatan lencong luar biasa.

https://twitter.com/i/status/1274364289101504519

Brighton yang memiliki beberapa peluang gol sebelum itu akhirnya membalas gol itu menerusi Lewis Dunk yang menghulurkan kakinya ketika Rob Holding cuba mengeluarkan bola dari atas garisan.

Bola terbias pada kaki Dunk dan masuk.

https://twitter.com/i/status/1274366492012838913

Arsenal cuba untuk mencari gol pendahuluan sekali lagi. Namun Brighton tidak membiarkan sahaja.

Malah pada masa kecederaan Brighton memiliki beberapa peluang. Dan salah satu daripadanya disudahkan oleh Maupay.

Pemain yang menjadi wira kemenangan Brighton ke atas Arsenal Disember lalu. Menjadi wira kemenangan pasukannya ke atas Arsenal sekali lagi.

https://twitter.com/i/status/1274372066037452801

Kekalahan Arsenal ini semakin menutup pintu mereka untuk ke UCL. Manakala Brighton mendapat keputusan positif dan semakin menjauhi zon penyingkiran.

Baca perkembangan lain dari Eropah

Highlight EPL: Penalti Bruno Fernandes Selamatkan United

Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti

Roy Keane Nak ‘Swing’ Penumbuk Dekat De Gea