Empat gol dari Kevin De Bruyne memastikan Manchester City berada di landasan terbai untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketika juara bertahan itu membelasah Wolves 5-1 di Molineux pada hari Rabu.

Anak buah Pep Guardiola menjarakkan diri tiga mata di hadapan Liverpool dengan dua perlawanan berbaki dan meningkatkan perbezaan gol mereka kepada tujuh lebih tinggi daripada The Reds.

City hanya memerlukan empat mata daripada kunjungan ke West Ham Ahad ini dan kunjungan Aston Villa pada hari terakhir musim ini untuk dinobatkan sebagai juara buat kali keempat dalam tempoh lima tahun.

Namun jika mereka menang dalam perlawan seterusnya, agak sukar untuk Liverpool memintas mereka kerana perbezaan jaringan yang besar.

Kevin De Bruyne dalam prestasi terbaiknya dalam perlawanaini dengan meledak hatrik dalam masa 24 minit.

Manchester City nampaknya telah mengurangkan tekanan awal mereka dengan menjaringkan gol pertama ketika Bernardo Silva berjaya menghantar bola rendah yang cantik kepada De Bruyne yang terus merembat bola menyilang.

Pelawat bermain tanpa tiga pemain pertahanan utama di Kyle Walker, John Stones dan Ruben Dias kerana kecederaan.

Aymeric Laporte terpaksa melakukan cabaran akhir dalam keadaan terdesak untuk menafikan Chiquinho sebelum Wolves menyamakan kedudukan pada minit ke-11.

Pedro Neto lolos masuk ke dalam kotak penalti City dan berjaya mendapatkan Leander Dendoncker untuk menewaskan Ederson.

Namun kedudukan 1-1 itu hanya bertahan lima minit lagi kerana De Bruyne adalah pencipta dan pelaksana gol kedua City.

De Bruyne cuba mencari Sterling dengan satu sungkita yang cantik. Malangnya Raheem Sterling gagal menyambut hantaran itu di hadapan Jose Sa. De Bruyne dengan yakin merembat masuk bola juga dengan kaki lemahnya.

Pemain berusia 30 tahun itu kemudian melengkapkan hatriknya dengan rembatan deras dari luar kotak penalti. Dan melengkapkan hatrik dengan kaki kirinya. De Bruyne merampas bola kembali selepas Sterling kehilangannya di tengah padang.

De Bruyne adalah hatrik ketiga terpantas dalam sejarah Liga Perdana dan yang pertama sejak dia bermain untuk Genk 11 tahun lalu. Dia meraikan gol itu dengan tangan yoga, signifikan kepada keraian Erling Haaland.

Selepas rehat De Bruyne menjaringkan gol keempatnya selepas hantaran lintang Phil Foden cuba dikeluarkan pertahanan dan bola singgah di hadapannya.

Kecederaan kepada Laporte adalah satu-satunya perkara negatif pada malam itu untuk City ketika dia terhincut hincut selepas cabaran keras daripada Raul Jimenez.

Namun, sebarang kelemahan pertahanan mereka tidak kelihatan kerana counterpressing oleh City di garisan atas. Mereka menekan lawan mereka dengan sangat agresif.

Sejak seri 2-2 dengan Liverpool ketika itu tiba tiba berada 1 mata di belakang mereka daripada 14 sebelumnya, City telah menjaringkan 23 gol dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Foden melakukan yang dihadang penjaga gol dan Sterling melakukan susulan dengan menolak bola ke dalam gawang ternganga. Sterling akhirnya menjaringkan gol selepas terlepas beberapa peluang keemasan termasuk jaringan dibatalkan kerana ofsaid.

De Bruyne hampir menjaringkan gol kelimanya selepas itu.

Tamat perlawanan, Wolves 1 Man City 5. City benar benar menghampiri kejuaraan mereka.