Liverpool sekali lagi bermain dengan 10 pemain di atas padang. Dengan The Reds berjaya melengkapkan kebangkitan bergaya pada babak akhir perlawanan di St James’ Park menentang Newcastle.
Baca Juga:
- Arsenal Diikat Babak Akhir Perlawanan Oleh 10 Pemain Fulham
- Man United Bangkit Daripada Ketinggalan Dua Gol, Menang 3-2
- Caicedo Tekad Mahu Letak Chelsea Di Tempat Sepatutnya
2 gol lewat pemain gantian, Darwin Nunez, memastikan The Reds pulang dengan 3 mata berharga dari kandang lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
Newcastle turun dengan penuh semangat dan keyakinan tinggi berdepan dengan Liverpool yang masih bergelut di jendela perpindahan.
Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu beberapa kali melakukan aksi gugup ketika bertahan. Dan akhirnya ianya membawa padah. Kesilapan mudah Trent Alexander Arnold telah dihukum oleh bekas pemain Everton iaitu Anthony Gordon.
Gordo meluru dalam situasi 1 lawan 1 dan menyumbat bola menerusi celah kaki Alisson Becker pada minit ke-25.
Tersentak dengan gol itu, Liverpool cuba memberikan respon yang sama ketika berdepan Bournemouth sebelum ini.
Namun ternyata Newcastle memiliki kualiti sangat baik. Mereka berkali kali melakukan ancaman ke kubu Liverpool dan memaksa Virgil Van Dijk melakukan kesilapan.
Pemain antarabangsa Belanda itu dibuang padang pada minit ke-28 membuatkan Liverpool dikurangkan kepada 10 pemain.
25' Newcastle 1-0 Liverpool
28' Virgil van Dijk red cardHe hasn't been sent off since Dec. 31, 2016 😳😳😳 pic.twitter.com/zkPK4XzzmG
— ESPN FC (@ESPNFC) August 27, 2023
Newcastle berterusan mencipta peluang namun sangat tumpul dalam penyudah mereka. Ini ditambah dengan prestasi cemerlang Alisson Becker yang melakukan beberapa aksi luar biasa.
Pada separuh masa kedua, Klopp memutuskan untuk membawa masuk Darwin Nunez. Pemain itu memberikan impak luar biasa.
Dia mencetak gol penyamaan pada minit ke-81 selepas menerima hantaran Mo Salah. Nunez melakukan larian awal yang kemas untuk mengelak ofsaid.
Pada masa kecederaan pemain antarabangsa Uruguay itu sekali lagi melakukan larian hampir sama dan menewaskan Nick Pope.
42 – Darwin Núñez’s 90th-minute winner was the 42nd that Liverpool have scored in the Premier League, the most by any team in the competition’s history. Chaos. pic.twitter.com/nrF8n2YoV0
— OptaJoe (@OptaJoe) August 27, 2023
Ianya membuatkan penyokong pelawat jadi gila meraikan kemenangan dramatik Liverpool tersebut.