Pengurus England, Gareth Southgate tidak mahu pasukannya diberikan tempat secara automatik dalam aksi Euro 2028 – di mana England merupakan antara negara penganjur.

Baca Juga:

United Kingdom dan Ireland dipilih selaku tuan rumah bersama untuk Euro 2028. Bermakna kejohanan itu kelak akan diadakan di England, Scotland, Wales, Ireland Utara dan Republik Ireland.

Menurut peraturan UEFA, maksimum hanya dua negara penganjur sahaja yang boleh layak secara automatik. Dan ketika ini masih tidak ditentukan negara mana yang akan layak secara automatik itu.

England mahu laluan sukar ke Euro 2028

Gareth Southgate berharap pasukannya England tidak layak secara automatik, kerana mahu beraksi dari pusingan kelayakan Euro 2028.

Kenapa?

Hal ini kerana menurut pengurus itu, ianya akan membantu pasukan negara itu bersiap sedia dengan lebih baik untuk kejohanan itu.

Namun alasan itu nampaknya tidak disambut dengan baik oleh peminat England yang merasakan ianya lebih kepada wang.

“Ini sebab kita [England] tak boleh mendapatkan lebih wang daripada aksi kelayakan di Wembley bukan?” tanya seorang peminat.

UEFA masih dalam pertimbangan pasukan yang layak automatik

Buat masa ini UEFA mempertimbangkan beberapa format untuk memilih pasukan tuan rumah yang layak secara automatik.

Antaranya, kesemua pasukan tuan rumah akan bersaing dalam pusingan kelayakan dan 2 pasukan terbaik akan dipilih untuk layak secara automatik.

Seterusnya 3 lagi pasukan lain akan mendapatkan tempat mereka berdasarkan kedudukan mereka dalam peringkat kumpulan.

Selain itu jika kesemua pasukan tuan rumah gagal layak, maka UEFA akan memilih 2 pasukan terbaik dari kalangan mereka untuk mara secara automatik.