Sebanyak enam negara berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Harimau Malaya pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan.
Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan perkara ini dan pihaknya akan berbincang dengan ketua jurulatih, Kim Pan-gon sebelum membuat sebarang keputusan.
βFAM akan umumkan semuanya tentang perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim (Pan Gon) nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara tetapi tidak boleh mengulas lanjut.
βFAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak (daripada kesemua pelawaan),β katanya.
FIFA Matchday pada Mac ini merupakan jendela terakhir sebelum skuad Harimau Malaya menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.
#News | πΉπ The manager of the Thai national team, Madam Pang revealed Thailand plans for 2 friendly matches against Malaysia π²πΎ and Kyrgyzstan π°π¬ on the FIFA Day in March.
πIn the latest FIFA Ranking , Thailand ranks 112th, Kyrgyzstan (96th) and Malaysia(154th).#FAT #FAM pic.twitter.com/Af0wvhBvRW
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 11, 2022
Sebelum ini, pengurus pasukan Thailand, Nualphan Lamsam atau Madam Pang menyatakan skuad Gajah Perang berminat untuk mengadakan perlawanan menentang Malaysia dan menjadikan aksi persahabatan tersebut sebagai persiapan menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023.
Selain Malaysia, juara bertahan Piala AFF Suzuki 2020 itu juga berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan satu lagi pasukan iaitu Kyrgyzstan.
Thailand diletakkan dalam Pot 2 untuk saingan kelayakan edisi kali ini disamping Tajikistan, Filipina, Turkmenistan, Kuwait dan Hong Kong.
Kyrgyzstan pula berada dalam pot 1 dengan beberapa nama besar di peringkat Asia seperti Uzbekistan, Bahrain, Jordan, Palestine dan India manakala Malaysia diletakkan di pot 3 bersama Afghanistan, Yaman, Myanmar, Maldives dan Indonesia.
Kim Pan-gon akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat dan beliau akan membawa empat pembantu iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis bagi membantu beliau.
Pan-gon barisan kejurulatihannya selepas itu akan mula memantau pemain-pemain sebaik saingan Liga Malaysia 2022 bermula bagi panggilan pertama kem latihan pusat pada Mac 2022 sebagai persiapan awal menjelang saingan kelayakan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
JDT Lantik Bekas Pakar Nutrisi Boca Juniors Seliakan Diet Pemakanan Pemain
Pemain Terlibat Pergaduhan Ketika Aksi Penang Menentang Terengganu II Bakal Digantung
Thailand Rancang Jalani Aksi Persahabatan Menentang Malaysia Dan Kyrgyzstan