Pasukan kebangsaan Thailand merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Malaysia dan Kyrgyzstan pada FIFA Match Day Mac ini.
Perkara ini dikongsikan oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang dimana skuad Gajah Perang mahu menjadikan aksi persahabatan tersebut sebagai persiapan menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Jun ini.
#News | 🇹🇭 The manager of the Thai national team, Madam Pang revealed Thailand plans for 2 friendly matches against Malaysia 🇲🇾 and Kyrgyzstan 🇰🇬 on the FIFA Day in March.
📌In the latest FIFA Ranking , Thailand ranks 112th, Kyrgyzstan (96th) and Malaysia(154th).#FAT #FAM pic.twitter.com/Af0wvhBvRW
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 11, 2022
Juara Piala AFF Suzuki 2020 ini diletakkan dalam Pot 2 untuk saingan kelayakan edisi kali ini disamping Tajikistan, Filipina, Turkmenistan, Kuwait dan Hong Kong.
Kyrgyzstan pula berada dalam pot 1 dengan beberapa nama besar di peringkat Asia seperti Uzbekistan, Bahrain, Jordan, Palestine dan India manakala Malaysia diletakkan di pot 3 bersama Afghanistan, Yaman, Myanmar, Maldives dan Indonesia.
Bagi menghadapi saingan kelayakan, Thailand akan terus dibimbing oleh Alexandre Polking dimana jurulatih itu baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.
I’m delighted and proud to announce that we are going together for another 2 years!! Thanks to President Somyot, Madam Pang, my staff, the thai fans and of course a big thanks to my players! The game belongs to the the players and they were just amazing!!! 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 pic.twitter.com/qxWFxb67nd
— Mano Pölking 🇧🇷 🇩🇪 (@manopolking) February 4, 2022
“Saya gembira untuk mengumumkan yang kami akan terus bekerjasama untuk tempoh dua tahun lagi. Terima kasih kepada Presiden Somyot, Madam Pang (pengurus pasukan, Nualphan Lamsam), kakitangan saya, penyokong dan sudah tentu terima kasih tidak terhingga kepada pemain saya.
“Inilah adalah kerja yang menjadi idaman saya sejak sekian lama. Saya suka menetap di sini. Saya gembira untuk terus bekerja di bersama pasukan ini,” kata Polking.
Pada temasya Piala Asia 2019, Thailand yang ketika itu dibimbing oleh Akira Nishino berjaya mara sehingga ke peringkat 16 pasukan terakhir namun mereka tewas kepada China dengan keputusan 2-1.
Thailand merupakan pasukan pilihan dari rantau Asia Tenggara selain Vietnam untuk layak ke temasya yang bakal diadakan di China kerana mereka sedang berada dalam prestasi terbaik.
Beberapa pemain utama seperti Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda dan Theerathon Bunmathan serta pemain muda seperti Supachok Sarachat, Kritsada Kaman dan Thanawat Suengchitthawon bakal menjadi senjata utama juara enam kali Piala AFF Suzuki itu dalam usaha mereka untuk layak ke temasya Piala Asia 2023.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
TERKINI: 7 Pemain Positif COVID19, PSSI Sahkan Indonesia Tarik Diri Dari Kejohanan AFF U23 2022
Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku