Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani yang merupakan pemilik Qatar Sports Investmen (QSI) yang merupakan pemilik PSG, telah mengarahkan PSG agar tidak menurunkan Mbappe langsung musim ini – jika pemain itu tidak melanjutkan kontraknya.
Baca Juga:
- Klopp Tergelak Dengar Wartawan Tanya Pasal Liverpool Mahukan Kylian Mbappe
- Mbappe Bakal Terima €60 Juta Bonus Kesetiaan Jika Dia Lapor Diri Di PSG Pada 1 Ogos
- Real Madrid Tanya Tanda Harga Mbappe, PSG Minta €250 Juta
Arahan itu sebelum ini sudah dikeluarkan oleh Pengerusi PSG, Nasser Al Khelaifi dan ianya sudah dipanjangkan kepada Emir Qatar.
Ternyata polisi itu disokong sendiri oleh Sheikh Tamim. Luis Enrique kini harus mengikuti arahan tersebut walaupun dia dikatakan antara individu yang keberatan untuk menunaikan polisi itu.
Polisi tersebut sebelum ini ditentang oleh Kesatuan Pemain Profesional Perancis, yang mengancam akan menyaman PSG jika Mbappe terus ditindas dengan menafikan hak pemain itu untuk bermain.
Baru baru ini, PSG membenarkan Mbappe kembali berlatih dan menggunakan fasiliti kelab itu. Namun dia dilarang berlatih dengan pasukan utama kelab. Dia berlatih secara berasingan.
Sheikh Tamim dimaklumkan oleh Nasser Al Khelaifi bahawa Mbappe telah merumitkan kelab untuk menjualnya. Ketika ini PSG ada 2 tawaran untuk Mbappe dari Arab Saudi dan satu tawaran dipercayai dari England.
Ordem direto do Qatar: Mbappé, se ficar no PSG, não vai jogar nem sequer um minuto. É o cenário de HOJE. Clube francês já aceitou pelo menos duas ofertas pelo atacante, sendo uma delas da Premier League e outra do Al Hilal, mas não houve acordo entre todas as partes
— Bruno Andrade (@brunoandrd) August 9, 2023
Malang sekali Mbappe tidak mahu mempertimbangkan langsung tawaran tersebut. Mbappe malah memberitahu kelab dia lebih rela duduk di bangku simpanan daripada menyertai Liga Pro Saudi.
Tetapi sekarang Mbappe turut mendapat tawaran daripada kelab EPL. Liverpool dan Chelsea dikaitkan dengan perpindahan secara pinjaman semusim. Namun Jurgen Klopp pantas menafikan Liverpool adalah kelab Inggeris itu.
Kerana menurutnya perkara seperti itu ibarat satu kejutan yang berlaku sekali dalam seumur hidup untuk dia sebagai pengurus.
Maka Sheikh Tamim yang merupakan Emir Qatar sangat bengang dengan Mbappe dan mengarahkan pemain itu dibekukan serta merta daripada bermain dalam perlawanan kompetitif.
Mbappe turut dilarang menyertai kem pra musim di Jepun sebelum ini. Ianya sebagai langkah untuk memberikan tekanan kepada pemain itu sama ada melanjutkan kontrak baharu atau menerima penjualannya ke Arab Saudi.
Mbappe dipercayai sudah mengadakan kesepakatan verbal dengan Real Madrid untuk menyertai kelab Sepanyol itu secara percuma pada musim hadapan.