Pemain tengah skuad kebangsaan Taiwan, Emilio Estevez Tsai cipta sejarah baharu apabila disahkan menjadi pemain yang pertama dari negaranya bakal beraksi dalam saingan liga utama Belanda, Eredivisie bersama kelab ADO Den Haag.
Pemain yang berusia 21 tahun itu mempunyai darah campuran Sepanyol di sebelah bapanya dan pernah beraksi dengan kelab Liga Premier Kanada, York9 pada musim lepas.
Aksi memukau ketika mewakili skuad Taiwan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Australia pada bulan Oktober tahun lepas telah menarik perhatian beberapa pencari bakat di eropah sehingga digelar sebagai “Eden Hazard Taiwan” oleh media antarabangsa.
“Malam itu ialah hari yang saya tak akan lupakan. Saya tiba-tiba menjadi tumpuan selepas penampilan pertama (dalam perlawanan menentang Australia).
“Semuanya berubah selepas menentang Australia. Beberapa pasukan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya dan ini memberi motivasi yang tinggi,” katanya dalam South China Morning Post.
Estevez Tsai sememangnya mempunyai impian untuk beraksi di eropah dan ADO Den Haag membuat tawaran yang sukar untuk ditolak olehnya.
“Jujurnya, saya masih terkejut. Saya tak sangka dapat tawaran ini dan saya dapati mereka memang sangat berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Ini peluang terbaik untuk menyinar di eropah. Saya tidak sabar,” tambahnya.
🤝 𝑾𝒆𝒍𝒄𝒐𝒎𝒆, 𝑬𝒎𝒊𝒍𝒊𝒐!
Emilio Estevez Tsai komt over van de Canadese club @York9FC. Het 21-jarige talent is international van Chinees Taipei (Taiwan), maar draagt ook de Spaanse nationaliteit 🇹🇼🇪🇸
— ADO Den Haag (@ADODenHaag) May 12, 2020
Bagaimanapun, Den Haag bukanlah kelab pertama Estevez Tsai di eropah kerana beliau sebelum ini pernah menjalani ujian pemilihan dengan kelab Sepanyol, Levante UD dan Queens Park Rangers di England.
“Ketika berumur 18 tahun, saya berpindah ke Valencia dimana bakat bola sepak mula dipupuk. Ini berbeza apabila anda tinggal berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan dari Toronto. Anda perlu biasakan diri pada usia yang muda.
“Saya dapati taraf bola sepak sepanyol terlalu tinggi. Selepas itu, saya ke England untuk menyertai ujian pemilihan selama seminggu dan sempat beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Reading.
“Berada di negara yang mempunyai kualiti bola sepak yang tinggi telah membantu meningkatkan prestasi saya,” jelasnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Pekerja Binaan Stadium Piala Dunia Qatar Sudah 7 Bulan Tak Dapat Gaji
Kitchee SC Ganti Tempat Tai Po FC Dalam Saingan AFC Cup 2020
Media Thailand Labelkan Febri Hariyadi Sebagai ‘Neymar Indonesia’