Ejen kepada Paul Pogba, Rafaela Pimenta bertekad untuk melawan analisis oleh agensi Anti Doping Itali berikutan keputusan ujian ke atas Pogba yang positif.
Baca Juga:
- Digantung Kerana Gagal Ujian Doping Dan Diperas Ugut Abangnya, Pogba Mahu Bersara
- Paul Pogba Buat Laporan Polis, Jadi Mangsa Peras Ugut Bersenjata Oleh Abang Dan Rakannya Sendiri
- Pogba: ‘Saya Lebih Disayangi Di Juventus Berbanding Di United’
Paul Pogba kini diarahkan untuk digantung buat sementara waktu kerana gagal dalam ujian doping selepas aksi antara Juventus dan Udinese di mana pemain itu sebenarnya tidak beraksi.
Pogba yang dipanggil untuk ujian rawak oleh agensi anti doping kebangsaan Itali telah gagal ujian tersebut.
Juventus sudah maklum tentang perkara itu dan mengesahkan pemain itu akan digantung buat masa ini. Dia diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya, sebelum keputusan tentang hukuman ke atas Pogba akan diputuskan lagi selepas ini.
Ejen kepada Pogba, Rafaela Pimenta jelas kecewa dengan laporan ujian doping Pogba dan bertekad mahu melawannya.
Dia yakin Paul Pogba tak pernah melakukan kesalahan melibatkan bahan terlarang. Kini mereka sedang menunggu hasil ujian ‘counter-analysis’.
Dan dalam tempoh itu mereka tidak akan memberikan keterangan lanjut lagi.
Pimenta berkata: “Kami menunggu laporan ‘counter-analysis’ dan kami tak boleh keluarkan sebarang kenyataan lanjut buat masa ini.”
“Sudah tentunya, Pogba tidak pernah melanggar peraturan, itu saya boleh berikan jaminan,” kata beliau kepada Tutosport.
Paul Pogba’s agent Rafaela Pimenta: “We’re waiting for the counter-analysis and we can’t say anything now” ⚠️🇫🇷
“For sure, Pogba never wanted to bend the rules — I can guarantee that”, told Tuttosport. pic.twitter.com/vixLA9NzKb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 11, 2023
Pogba kini berisiko ditamatkan kontrak oleh Juventus jika dia dikenakan hukuman penggantungan yang panjang.
Dalam perkembangan lain, beberapa jam sebelum laporan berkenaan ujian dopingnya, Pogba mempertimbangkan untuk bersara selepas dia berterusan diganggu oleh gangster yang diupah abangnya.
Menurut Pogba dia sedia untuk meninggalkan statusnya sebagai pemain bola sepak profesional dan bergelar orang biasa sekali lagi. Kerana wang telah merosakkan kehidupannya dan hubungan kekeluargaan.