Ejen yang mahu membawa masuk pemain kacukan perlu memberikan bukti yang kukuh kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Perkara itu disuarakan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dimana beliau menasihati ejen agar memberikan bukti bahawa pemain terbabit layak untuk memegang status pemain berdarah campuran secara sah.
Kami Ditawari Lima Pemain Kacukan – FAM https://t.co/Ttw4bjwHQL
— VOCKET FC (@vocketfc) April 30, 2019
“Sebelum ini memang ramai ejen menghubungi FAM namun tiada tindakan susulan diambil. Kami mahu pastikan ada dokumen dan kami terima bukti terlebih dulu sebelum perbincangan rasmi dapat diadakan.
“Berhubung seorang ejen dari England yang menghubungi kita, dia meminta tempoh seminggu untuk mengemukakan semua dokumen berkaitan kepada kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Tambah Kevin, pihaknya tidak mahu mendedahkan nama pemain sehingga proses dokumentasi pemain tersebut selesai.
“Kita tidak mahu keluarkan nama pemain kerana sebagai badan induk, kita tidak patut mengeluarkan khabar angin.
“Kita boleh umum selepas siasatan selesai. Kita tidak mahu inisiatif baik seperti ini disia-siakan kerana khabar angin tidak kukuh,” tambahnya.